Posts

Showing posts with the label Minyak sawit mentah

Harga MSM diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025

Image
Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim. RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata unjuran itu disokong oleh gabungan faktor iaitu paras pengeluaran dan stok yang rendah di Indonesia tahun lepas, peningkatan mandat biodiesel di Indonesia tahun ini, serta bekalan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi yang terhad pada 2025. “Ini akan menyebabkan kekurangan minyak dan lelemak global yang lebih ketara tahun ini seterusnya menyebabkan harga minyak sayuran menjadi lebih tinggi, dengan nisbah stok berbanding penggunaan bagi 17 minyak dan lelemak susut kepada paras terendah dalam tempoh 15 tahun iaitu 12.6 peratus pada 2025,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini. Bagaimanapun, risiko negatif yang utama meliputi ketegangan geopolitik yang berterusan, perubahan ketara harga minyak m...