Posts

Mahathir Dibidas Gagal Fahami Perjanjian Perdagangan Dengan China

Image
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketidakupayaan beliau memahami perjanjian perdagangan antara Malaysia dan China yang dimeterai baru-baru ini. Menyifatkannya sebagai 'sama ada sengaja atau kerana kurangnya pemahaman mengenai butiran'," Abdul Rahman berkata catatan dalam blog Dr Mahathir bertarikh 16 November 2016 bertajuk 'Najib's China Trip' itu diselubungi banyak kesilapan dan salah tanggapan. "Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bukan cuba menjadikan urus niaga Najib dengan China sebagai isu perkauman. Beliau menarik perhatian kepada kritikan tidak adil berkaitan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang bersejarah bernilai RM143 bilion yang dimeterai oleh Malaysia dengan rakan dagang dan pelabur terbesar kita," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi. Beliau berkata delegasi China yang hadir pada perhimpunan agung tahun

PELAJAR DIKHUATIRI LEMAS DI PANTAI DAMAI, SANTUBONG

Image
SANTUBONG: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di ketika sedang berdiri di kawasan batu di sebuah resort di Pantai Damai, di sini, pagi tadi. Mangsa, Aslam Husaini, 19, dikatakan berada di kawasan berkenaan bersama dua lagi rakannya sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh ke laut kira-kira jam 10 pagi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, dua lagi rakan mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri kerana berenang ke tepi pantai, mangsa bagaimanapun hilang dan dikhuatiri dihanyutkan. Menurutnya, mangsa adalah pelajar Madrasah Darul Ulung Al Fatah, Samariang datang ke resort berkenaan untuk menjalani aktiviti rekreasi pagi tadi bersama tiga guru pengiring. "Setakat ini pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di pantai berkenaan," katanya.

GEORGE SOROS-FUNDED MOVEON.ORG ORGANIZED ANTI TRUMP PROTESTS

Image
  In the aftermath of an election, protests across the United States have grown momentum. California, Portland in Oregon and Texas have all witnessed anti Trump protests. Over 200 have been arrested in California and the Oregon protests that turned violent have a reported 1,500 participating in what police called a “riot.” In Dallas, TX, the protests were smaller and less violent. In Chicago, approximately 10,000 gathered to protest outside the Trump hotel. However, the protests aren’t without their own speculation, with some suggesting a direct link to George Soros and his Moveon.org organization. Trump himself has suggested the protests appear organized, as do some spectators, including Fox News, who made the link between protestors being bussed into Austin, TX, for the event, and using identical signs across several locations. Alt-right organizations also pointed out that the protests appeared shortly after a Moveon.org email was sent out via the pre

LIMA MURID PEREMPUAN DITAHAN RAKAM GAMBAR GURU DI TANDAS

Image
Lima murid sekolah rendah di Johor Baru telah ditangkap kerana merakam gambar guru mereka di dalam tandas, lapor Oriental Daily. Seorang murid telah memaklumkan perkara itu kepada gurunya pada Ahad dan mereka yang melakukan perbuatan itu mengaku telah berbuat demikian sejak lapan bulan yang lalu. Ketika dihubungi, pihak sekolah berkata kes itu telah diselesaikan secara dalaman. Pihak berkuasa sekolah, guru dan ibu bapa bersetuju untuk menghantar murid-murid terbabit ke balai polis 'untuk memberi pengajaran' kepada mereka, sambil menambah tindakan akan diambil terhadap murid-murid perempuan terbabit. Ketua Polis Daerah Seri Alam Jokhiri Abd Aziz mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan murid-murid itu mendakwa semua gambar telah dipadam. Polis akan membuat tindakan susulan mengenai kes itu, katanya.

SPLASH: SURAT KHALID BUAT HADI AWANG

Image
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam se­pucuk surat kepada Presiden Pas menjelaskan secara terperinci ber­hubung isu pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) yang kini menjadi polemik dengan kerajaan ne­ge­ri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Surat yang bertarikh hari ini ditulis bertujuan agar Datuk Seri Abdul Ha­di Awang memahami secara jelas bahawa jumlah Penstrukturan Se­mula Industri Perkhid­matan Air Selangor yang diluluskan dahulu bukan RM2.7 bilion se­perti tawaran asal yang bernilai RM250.6 juta. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau terkejut apa­bila Exco Kerajaan negeri daripada Pas, Zaidy Abdul Talib membuat kenyataan media bahawa kerajaan negeri bersetuju menawarkan RM2.7 bilion bagi mengambil alih ekuiti Splash. Katanya, jumlah bagi meng­ambilalih ekuiti Splash itu mele­bihi 10 kali ganda, berbanding per­setujuan yang dilakukan an­tara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Perjanjian Utama bertarikh 12

TAKTIK SOROS - RAKYAT AMERIKA YANG TIDAK BERPUAS HATI KEMENANGAN TRUMP LAKUKAN YANG SAMA SEPERTI SELEPAS PRU 2013

Image
Setelah selesai penilihan Presiden Amerika yang di menangi oleh Donald Trump, kini sebahagian rakyat Amerika masih tidak berpuas hati dengan kemenangan beliau. Himpunan Blackout dan menghitamkan gambar profil FB / Twitter menjadi trend bantahan di Amerika Syarikat. Taktik gaya Soros! Sama seperti yang dilakukan selepas PRU 2103. Mula-mula 'Blackout', tidak lama lepas itu undi popular, pengundi haram, Bangla dan sebagainya.. Kemudian dan seterusnya ..... BERSIH. Soros adalah pembiaya dan penasihat utama dasar kepada Hillary Clinton. Pendedahan Wikileaks telah mendedahkan perkara ini dan dimaklumkan Hillary dan pasukannya telah membuat Soros merasa gembira. --- http://www.usatoday.com/story/news/politics/onpolitics/2016/11/09/people-changing-their-profile-pictures-black-protest-trump/93535316/ http://abcnews.go.com/Politics/students-country-walk-protest-president-elect-donald-trump/story?id=43427653

PAKATAN HARAPAN KINI DIKETUAI DAP

Image
SIAPA yang menguasai parti-parti pembangkang? Tatkala dunia sedang dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump bagi merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat, pembangkang di negara ini sebenarnya belum memilih lagi ketua mereka secara rasmi. Logo rasmi dan satu perlembagaan khas untuk mengikat semua parti seperti BN masih belum ada. Sebab itu politik parti pembangkang semakin hari semakin kucar kacir. Pembangkang hanya ada 'kepala' yang memegang 'ekornya'. Itu pun kadang kadang bertukar kepala kerana masing masing gila hendak jadi PM. Selepas pemergian PAS dari Pakatan Rakyat pada 2015, blok politik utama pembangkang di negara ini memperkenalkan Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan pengganti PAS iaitu Parti Amanah Negara atau PAN. Dan kehadiran parti baru PPBM dan Parti Warisan Sabah. Pecahan parti pembangkang terkini adalah seperti berikut : 1) DAP - 37 kerusi (Ketua) 2) PKR - 28 kerusi 3) PAN - 6 kerusi 4) Parti Warisan Sabah -     2