PELAJAR DIKHUATIRI LEMAS DI PANTAI DAMAI, SANTUBONG

SANTUBONG: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di ketika sedang berdiri di kawasan batu di sebuah resort di Pantai Damai, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Aslam Husaini, 19, dikatakan berada di kawasan berkenaan bersama dua lagi rakannya sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh ke laut kira-kira jam 10 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, dua lagi rakan mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri kerana berenang ke tepi pantai, mangsa bagaimanapun hilang dan dikhuatiri dihanyutkan.

Menurutnya, mangsa adalah pelajar Madrasah Darul Ulung Al Fatah, Samariang datang ke resort berkenaan untuk menjalani aktiviti rekreasi pagi tadi bersama tiga guru pengiring.

"Setakat ini pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di pantai berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma