PAKATAN HARAPAN KINI DIKETUAI DAP
SIAPA yang menguasai parti-parti pembangkang?
Tatkala dunia sedang dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump bagi merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat, pembangkang di negara ini sebenarnya belum memilih lagi ketua mereka secara rasmi.
Logo rasmi dan satu perlembagaan khas untuk mengikat semua parti seperti BN masih belum ada.
Sebab itu politik parti pembangkang semakin hari semakin kucar kacir.
Pembangkang hanya ada 'kepala' yang memegang 'ekornya'. Itu pun kadang kadang bertukar kepala kerana masing masing gila hendak jadi PM.
Selepas pemergian PAS dari Pakatan Rakyat pada 2015, blok politik utama pembangkang di negara ini memperkenalkan Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan pengganti PAS iaitu Parti Amanah Negara atau PAN. Dan kehadiran parti baru PPBM dan Parti Warisan Sabah.
Pecahan parti pembangkang terkini adalah seperti berikut :
1) DAP - 37 kerusi (Ketua)
2) PKR - 28 kerusi
3) PAN - 6 kerusi
4) Parti Warisan Sabah -
2 kerusi (Shafie & Darrel)
5) Parti Sosialis Malaysia
1 kerusi, Sungai Siput
6) PPBM - 1 kerusi, Pagoh
Jumlah - 75 kerusi parlimen
DAP yang sebenarnya memonopoli urusan 'disebalik tabir' pergerakan dan hala tuju pembangkang di negara ini.
Abang besar kepada pembangkang sekarang adalah DAP.
Diasaskan pada 18 Mac 1966, DAP telah menjadi parti paling berpengaruh dan paling lama dalam perjuangan blok pembangkang.
Ini antara faktor terpenting yang memungkinkan parti-parti pembangkang lain hanya mampu berfungsi tak ubah seperti 'lembu dicucuk hidung'..
Mahathir pun tidak berani bersuara langsung pasal rasuah anak Kit Siang di Penang. Apa boleh buat, PPBM hanya ada satu kerusi sahaja. Kena ikutlah "punggung DAP".
Walaupun mereka memperkenan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, namun harus diingat Ketua Parlimen DAP iaitu Lim Kit Siang adalah antara Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.
Lim tidak pernah ada cita-cita untuk bersara sejak dari 1969 sehingga kini kerana ia tidak mahu para ahli-ahli parlimen pembangkang yang lain melakukan sesuatu tindakan yang tidak sehaluan dengan perjuangan DAP itu sendiri.
Tidak kisahlah ahli parlimen pembangkang itu dari PKR atau PAN, namun apa sahaja tindakan mereka sentiasa diperhatikan secara senyap oleh Lim agar ia tidak lari dari perjuangan DAP yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, malah anti-Islam dan menjadi 'agen Israel' melalui pendedahan penerimaan dana RM1.2 bilion dari negara itu yang masih belum dinafikan mereka.
Apabila PAS sudah tidak mampu bersekongkol dengan kehendak dan karenah DAP, maka mereka mengambil keputusan drastik untuk berpecah dan menentang BN dari blok ketiga politik Malaysia.
Ia satu lagi bukti bahawa Pakatan Harapan sememangnya dikuasai oleh kuasa diktator dari DAP secara diam dan 'dari bawah meja'.
PKR hanya diletakkan sebagai Ketua Pembangkang sebagai sebuah boneka dan wayang untuk menggaburi mata umum akan kuasa jahat sebenar pembangkang di negara kita.
Dengan seramai 37 ahli parlimen dari DAP, semestinya ia amat mudah untuk mempengaruhi 28 ahli parlimen dari PKR, enam dari PAN dan seorang dari PPBM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kini, jangan kita berselindung lagi untuk mengakui bahawa DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan di Malaysia.
Pakatan pembangkang kini diketuai oleh DAP.
Comments
Post a Comment