SPLASH: SURAT KHALID BUAT HADI AWANG
Surat yang bertarikh hari ini ditulis bertujuan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang memahami secara jelas bahawa jumlah Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor yang diluluskan dahulu bukan RM2.7 bilion seperti tawaran asal yang bernilai RM250.6 juta.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau terkejut apabila Exco Kerajaan negeri daripada Pas, Zaidy Abdul Talib membuat kenyataan media bahawa kerajaan negeri bersetuju menawarkan RM2.7 bilion bagi mengambil alih ekuiti Splash.
Katanya, jumlah bagi mengambilalih ekuiti Splash itu melebihi 10 kali ganda, berbanding persetujuan yang dilakukan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Perjanjian Utama bertarikh 12 September 2014.
"Apabila saya mempersoalkan keputusan kerajaan negeri itu, Menteri Besar cuba membidas dengan tohmahan kononnya saya juga pada tahun 2009 telah membuat tawaran sebanyak RM2.975 bilion kepada Splash bagi nilai ekuiti syarikat konsesi tersebut.
"Saya tidak pernah pada sebarang masa membuat tawaran pengambilalihan ekuiti Splash dengan nilai RM2.978 bilion seperti yang dituduh Menteri Besar itu, sebaliknya saya membuat tawaran bagi mengambil alih syarikat konsesi air dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri malah turut membentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November 2012," katanya.
Jelas Khalid, beliau percaya kesemua tawaran yang dibuat kepada kesemua pemegang konsesi bukan hanya untuk nilai ekuiti tetapi berpandukan elemen yang ditetapkan dalam penstrukturan iaitu jumlah pelaburan, tempoh pelaburan, jumlah liabiliti, nilai aset yang akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan pulangan keuntungan 12 peratus setahun.
Katanya, tawaran yang dibuat pada 26 Jun 2009 kepada semua pemegang konsesi berdasarkan prinsip 'all or nothing' iaitu hanya disempurnakan jika keempat-empat pemegang konsesi menerima tawaran tersebut.
"Pada ketika itu, hanya Abass (Konsortium Abbas Sdn. Bhd.) dan Splash yang bersetuju manakala Syabas dan Puncak Niaga menolak maka tawaran yang berjumlah RM9.218 bilion itu terbatal sendirinya.
"Justeru, alasan kerajaan negeri Selangor bahawa saya telah pada 2009 menawarkan sejumlah RM2.975 bilion bagi nilai ekuiti adalah terpesong dan seolah-olah dengan sengaja mahu mengelirukan rakyat dan pimpinan Pas," katanya.
Dalam surat itu, Abdul Khalid turut melahirkan kebimbangan tentang bagaimana kerajaan negeri mahu membiayai lebihan tawaran RM2.45 bilion.
Comments
Post a Comment