Posts

Maria Chin Ditahan Di Bawah Sosma👍👍

Image
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan penahanannya boleh dilanjutkan sehingga 28 hari. Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata peguam yang mewakili ahli Bersih yang ditahan tidak mendapat akses untuk bertemu klien mereka di lokap Jinjang pada pagi Sabtu. "Sudah menunggu di sini sejak pukul 10 pagi. Polis tidak beri kerjasama," tulis Paulsen di Twitternya kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kira-kira pukul 2 petang, Paulsen mendapat pengesahan daripada polis bahawa Maria ditahan di bawah Sosma. "Tahanan Sosma, amat sukar untuk dipercayai terhadap seseorang seperti Maria. Undang-undang ini ketika dibahaskan di Parlimen sudah jelas mengecualikan Bersih. "Seperti yang diramal pelbagai pihak, Sosma kini digunakan ke atas pemimpin Bersih apabila ia hanya digunakan untuk kes keselamatan tulen atau pengganas," kata Paulsen. Lawyers Fo

DEMOKRASI BERMAKSUD PATUH PERLEMBAGAAN

Image
Pembangkang nampaknya tidak mahu menerima sistem 'Westminister' iaitu sistem parlimen kerajaan demokratik yang diguna pakai di United Kingdom (UK) dalam memilih sebuah kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Sebaliknya, katanya, pembangkang mahu mengambil jalan keluar menerusi demonstrasi jalanan dalam mengubah kerajaan. Menurutnya, tindakan itu sudah pasti bukan sesuatu yang diperuntukkan dalam sebuah sistem demokrasi atau dalam perlembagaan. Beliau turut menyatakan bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya memperjuangkan untuk mewujudkan sebuah sistem atau negara yang lebih baik. "Bagaimanakah kaedah yang tidak berperlembagaan dalam mengubah sesebuah kerajaan yang lebih baik dapat diwujudkan apabila tindakan seperti itu hanya mencetuskan huru-hara dan anarki," katanya dalam blog beliau http://sskeruak.blogspot.my/ , Jumaat. Salleh berkata definisi demokrasi adalah pemerintahan rakyat ole

HRW YANG DIBIAYAI SOROS BIDAS PENDAKWAAN TERHADAP MALAYSIAKINI YANG 29% DIMILIKI OLEH SOROS

Image
Saya baru membaca artikel Malaysiakini dengan tajuk "Gov't condemned over Malaysiakini's CMA charge" dan ketawa. Artikel ini menulis tentang bagaimana Human Rights Watch (HRW) telah melabelkan Mkini dituduh di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mahkamah siber hari ini, satu tindakan oleh rejim "diktator". Untuk tujuan ketelusan, sila baca tajuk sebenar: "The USD100 million Soros-funded Human Rights Watch condemns Malaysia Govt for charging the Soros-funded and 29% Soros-owned MalaysiaKini". Ya.... Soros adalah pembiaya terbesar untuk NGO "bebas", Human Rights Watch : Pembiaya dan dermawan George Soros melalui Yayasan Open Society mengumumkan pada 2010 niatnya untuk memberikan US $100 juta kepada HRW dalam tempoh sepuluh tahun untuk membantu mengembangkan usaha di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, "Human Rights Watch adalah salah satu organisasi yang paling berkesan yang mendapat bantuan

[VIRAL] AWAS! ANDA DIPERHATIKAN OLEH 'KAMERA' KUCING TERTUTUP

Image
Pastinya banyak pejabat kini dilengkapi dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang beroperasi untuk mengawal keselamatan selain sebagai alat kepada 'boss' mengenalpasti pekerjanya 'mencuri tulang'. Namun berbeza di Jepun, sebuah pejabat di sini diawasi oleh seekor makhluk berbulu berkaki empat dan bermata besar akan melihat setiap gerak-geri anda sepanjang waktu. Kucing yang dikenali dengan nama 'Dara' ini mencuit hati netizen apabila telatahnya mengintai di pejabat telah mendapat ratusan ribu perkongsian. Perkara tersebut mula dikongsi oleh pengguna twitter @omocha_no_uma yang memuatnaik gambar dihantar oleh rakannya memperlihatkan Dara mengintai dari siling pejabat. Ianya kemudian menjadi viral dan hit di internet. Melihat kepada kolar yang dipakai Dara, kucing ini dipercayai dibela oleh individu tertentu dan bukannya kucing liar. Ini antara perang Photoshop hasil daripada insiden lucu Dara.

AWAS PENIPUAN PANGGILAN VIDEO WHATSAPP

Image
APLIKASI khidmat pesanan popular, WhatsApp telah melancarkan perkhidmatan panggilan video secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android. Walaupun pengguna iOS nampaknya sudah mendapat kemas kini, pilihan panggilan video masih belum tersedia buat sebahagian pengguna Android. Walau bagaimanapun, ketika pengguna menanti kemaskini yang bakal membolehkan panggilan video dibuat, beberapa penipuan (scammer) telah muncul dengan cara yang akan membuatkan pengguna memuatnaik 'software jahat' (malware) pada peranti masing-masing. Penipuan itu dilakukan dengan menghantar 'jemputan' yang dibaca, 'anda dijemput untuk mencuba ciri panggilan video Whatsapp' dan meminta anda untuk klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkannya. Pautan ini akan membawa anda ke sebuah laman web yang sangat mencurigakan dengan URL ' whatappvideooline.com ' (perhatikan ejaan salah WhatsApp). Dengan meng'klik' pada link di situ, ia ak

JUMPA PISTOL DAN 50 PELURU DI MIRI

Image
MIRI: Sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 50 peluru ditemui ditinggalkan di dalam beg plastik di tebing Sungai Lutong, di sini, pagi tadi. Pistol berkenaan ditemui pada 9.50 pagi oleh seorang pesara polis lelaki berusia 64 tahun ketika memancing di kawasan sungai itu. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, lelaki terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Lutong dan menyerahkan pistol berkenaan. Menurutnya, setakat ini polis masih sedang melakukan siasatan berhubung penemuan pistol itu. "Setakat ini, belum dapat dipastikan pemilik pistol berkenaan dan kenapa ia ditinggalkan," katanya.

KEMUNCAK 19 NOVEMBER - KLIMAKS ATAU ANTIKLIMAKS

Image
Revolusi tidak pernah berlaku secara spontan; ianya direkayasa. Dan revolusi biasanya adalah hasil daripada perebutan kuasa antara puak yang berbeza daripada golongan elit pemerintah. Dan bagi revolusi untuk berjaya kena berlaku pertumpahan darah. Tetapi kematian pasca-revolusi dan pergolakan sentiasa lebih teruk daripada semasa revolusi itu sendiri. Dan orang-orang yang menggunakan Bersih untuk menggulingkan Najib perlu ingat harga yang perlu dibayar. 1. Sabtu 19 November 2016, sama ada akan menjadi klimaks Kempen Anti Najib (ANC) atau ia mungkin berakhir dengan antiklimaks. Dalam dua hari lagi kita akan mengetahui dan kita hendak juga tahu sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang atau sama ada beliau akan memantau apa yang berlaku di dari jauh. 2. Sebenarnya, Khomeini juga memantau kejadian yg aneh di Iran dari jauh dan pulang ke Teheran hanya selepas Shah Iran telah digulingkan dan apabila keadaan selamat untuk kembali. Jika tidak dia mungkin akan mengalami nasib Benigno S