Maria Chin Ditahan Di Bawah Sosma👍👍

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan penahanannya boleh dilanjutkan sehingga 28 hari.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata peguam yang mewakili ahli Bersih yang ditahan tidak mendapat akses untuk bertemu klien mereka di lokap Jinjang pada pagi Sabtu.

"Sudah menunggu di sini sejak pukul 10 pagi. Polis tidak beri kerjasama," tulis Paulsen di Twitternya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kira-kira pukul 2 petang, Paulsen mendapat pengesahan daripada polis bahawa Maria ditahan di bawah Sosma.

"Tahanan Sosma, amat sukar untuk dipercayai terhadap seseorang seperti Maria. Undang-undang ini ketika dibahaskan di Parlimen sudah jelas mengecualikan Bersih.

"Seperti yang diramal pelbagai pihak, Sosma kini digunakan ke atas pemimpin Bersih apabila ia hanya digunakan untuk kes keselamatan tulen atau pengganas," kata Paulsen.

Lawyers For Liberty berkata Majistret Husna Dzulkifly membenarkan perintah reman dua hari terhadap sembilan lagi suspek yang akan disiasat dibawah Seksyen 147 kerana merusuh.

Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke yang ditahan pada Jumaat dijangka dibebaskan pada pukul 8 malam Sabtu.

 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma