DEMOKRASI BERMAKSUD PATUH PERLEMBAGAAN

Pembangkang nampaknya tidak mahu menerima sistem 'Westminister' iaitu sistem parlimen kerajaan demokratik yang diguna pakai di United Kingdom (UK) dalam memilih sebuah kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, katanya, pembangkang mahu mengambil jalan keluar menerusi demonstrasi jalanan dalam mengubah kerajaan.

Menurutnya, tindakan itu sudah pasti bukan sesuatu yang diperuntukkan dalam sebuah sistem demokrasi atau dalam perlembagaan.

Beliau turut menyatakan bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya memperjuangkan untuk mewujudkan sebuah sistem atau negara yang lebih baik.

"Bagaimanakah kaedah yang tidak berperlembagaan dalam mengubah sesebuah kerajaan yang lebih baik dapat diwujudkan apabila tindakan seperti itu hanya mencetuskan huru-hara dan anarki," katanya dalam blog beliau http://sskeruak.blogspot.my/, Jumaat.

Salleh berkata definisi demokrasi adalah pemerintahan rakyat oleh rakyat pilihan majoriti dalam kerajaan.

"Dalam kes Malaysia, ini bermaksa 30 juta warganegara menerusi 15-20 juta pengundi memilih 222 wakil ke Parlimen.

"Seperti di UK dan Amerika Syarikat, ini tidak semestinya bermaksud undi majoriti tetapi kerusi majoriti atau sesuatu yang sama seperti pilihan raya kolej," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL