Posts

MAYAT WANITA HANYA BERSELUAR DALAM DAN COLI DI TEMUI DI PARKCITY BINTULU

Image
Mayat seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam ditemui di dalam bilik sewanya di Parkcity, Bintulu lebih kurang jam 7 pagi tadi.  Difahamkan, rakan mangsa yang tiba ke bilik berkenaan menemui mangsa terbaring di lantai sebelum menghubungi pihak polis.  Susulan itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

JANGAN JADI ZOMBIE KEPADA SERANGAN BERITA PALSU (FAKE NEWS) RBA DAN PAKATUN MENJELANG PRU14 TELAH BERMULA

Image
DAP telah pun memberi amaran. Bersiap sedia lah. Seperti dijangka RBA dan PakaTun akan melakukan propaganda dengan menyebarkan propaganda palsu dan pembohongan menjelang pilihanraya umum akan datang. Satu contoh adalah semasa PRU-13 pada tahun 2013 apabila ramai rakyat Malaysia benar-benar yakin dengan propaganda palsu 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh dan 'Blackout'. Akhirnya dibuktikan tidak benar oleh BERSIH dan DAP sendiri sebulan kemudian selepas perhimpunan Blackout505 yang hambar, dan mengeluarkan laporan bahawa tidak ada perkara tersebut berlaku dan tidak ada bukti. Walaupun begitu, ramai rakyat Malaysia masih percaya propaganda ini tetapi tidak boleh menjawab mengapa pembangkang tidak berjaya untuk menangkap walau seorang pun pengundi hantu Bangladesh daripada 40,000 itu dan tidak dapat menjawab apabila tanya di mana lokasi blackout yang sebenar berlaku. Mereka menuduh bekas MB Selangor Khalid Ibrahim adalah yang paling korup dan dengan itu ditukat - akhirnya  Pak

NAJIB KESAL USAHA BAWA PELABUR MASUK DIANGGAP GADAI NEGARA

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering kali mencari pelbagai alasan untuk mengecam beliau termasuk usahanya mencari pelaburan asing. Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, usaha beliau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membawa pelabur asing ke Malaysia turut dikecam dan dilabel sebagai cuba menggadai negara. "Kalau kita tak bawa masuk pelaburan dia kata kita gagal, tapi kalau kita bawa masuk pelaburan dia kata kita menggadaikan negara. Ini mainan politik. "Bila masa bawa masuk pelaburan jadi soal kedaulatan? Selama ini tak timbul apa? Apa beza pelaburan dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan dari China?" katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016. Rancangan yang bersiaran selama sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar. Najib yang juga Menteri Kewangan turut memb

HUBUNGAN TEGANG UMNO DAN PAS SEMAKIN KENDUR - NAJIB

Image
Hubungan tegang antara UMNO dan Pas yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ini berikutan Pas pada masa ini lebih terbuka dan komited bekerjasama dalam memperjuangkan perkara khususnya yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini. "Begitu juga UMNO, UMNO pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara. "Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya," katanya sewaktu Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, malam tadi. Najib menegaskan, UMNO dan Pas berjuang menerusi wadah parti masing-masing. "Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing. Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala juga kita boleh

MAHATHIR PEMIMPIN ‘SUPER EGO’ – NAJIB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar. "Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016. Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar. Najib yang juga Presiden Umno berkata, usaha Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu. Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu. Waktu M

DAKWAAN MALAYSIA BANKRAP SEKADAR SERANGAN POLITIK - NAJIB

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih.  Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik. Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). "Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta...kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan. "Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada pro

"PERBEZAAN ANTARA MAHATHIR DAN SAYA..."

Image
EKSKLUSIF Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian. "Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian." "Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najib dalam temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana, pada Sabtu. Najib menjelaskan demikian ketika ditanya, bagaimanakah beliau berhadapan dengan cabaran dan tekana