Posts

PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor

Image
  PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153570 ] Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri ini. Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh itu. “Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri...visi kerajaan tidak akan terganggu. “Program kerajaan (akan) dijalankan seperti dirancang serta apa sahaja yang dirancang di bawah Belanjawan Negeri 2022,” katanya dalam ucapan perasmian tapak ujian dron di Medini di sini hari ini. Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian baru-baru ini menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki satu majoriti satu kerusi dalam DUN Johor. Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerus

Layanan buruk kepada jemaah Umrah jalani kuarantin tidak sepatutnya berlaku

Image
  Layanan buruk kepada jemaah Umrah jalani kuarantin tidak sepatutnya berlaku [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153525 ] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau dengan pendedahan laporan media mengenai beberapa jemaah umrah yang dilayan tidak sewajarnya ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara. Katanya, situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku apatah lagi mereka ini adalah warga emas yang sudah tentu memerlukan pemantauan yang sewajarnya. “Kisah layanan buruk dialami seorang jemaah umrah positif COVID-19 berusia 68 tahun semasa menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara suatu perkara yang amat serius. Jemaah umrah itu mendakwa dia perlu membayar kos bilik hotel sebanyak RM500 sehari dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang menjalani kuarantin di hotel berkenaan. “Mereka juga tidak dibekalkan dengan sebarang ubat-ubatan walaupun menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia seterusnya mendakwa tidak dapat memasuki P

Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu

Image
Wanita hilang seminggu ditemukan letih dan lesu [Sumber: https://pakdin.my/?p=153574]  Pasir Mas: Wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Menurut suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang pada 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibu yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung, dia menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas. "Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya d

Khalid Samad dibenar poligami, serah banglo, penthouse kepada isteri

Image
  Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Khalid Samad berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar. Khalid Samad dibenar poligami, serah banglo, penthouse kepada isteri [Sumber: https://pakdin.my/?p=153565 ] Wow.. boleh tahan juga kemewahan mereka.. Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar. Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton bagi melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau. Peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan. “Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di had

UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar

Image
  UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar [SUMBER: https://pakdin.my/?p=153548 ] UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut. “Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini, ianya diwakili oleh calon dari PBBM, Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka Mohd Darah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO Bahagian itu baru-baru ini. PRK Dun Bugaya diisytiharkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka meninggal dunia akibat masalah buah pinggang pada 17 November 2020, namun PRK ditangguhkan s

Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan

Image
Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan [LINK: https://pakdin.my/?p=153517 ]  Perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara mesti diteruskan biarpun banyak dugaan dan rintangan, tegas Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut beliau, walaupun laluan dalam perjuangan bukan mudah tetapi semangat tidak akan luntur dan usaha meneruskan perjuangan juga tidak akan mundur. “Moga Allah SWT permudahkan laluan perjuangan kita. Teruskan demi agama, bangsa dan negara. “UMNO Bahagian Putrajaya tak pernah patah semangat, memang banyak cabaran dan tak mudah laluan tapi insya-Allah tak akan mundur,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya baru-baru ini. Katanya, mesyuarat tersebut adalah rutin biasa yang dilaksana dalam kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bagi memastikan setiap apa yang diputuskan oleh dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung baru-baru ini dapat terus sampai ke akar umbi. Dalam ma

KDNK China cecah RM75.4 trilion

Image
KDNK China cecah RM75.4 trilion [LINK:  https://pakdin.my/?p=153531 ] Perdana Menteri dan menteri Malaysia masih bercakap pasal pandemik dan vaksin, ekonominya masih tak menentu. Kemasukan pelaburan langsung asing antara yang terendah dikalangan negara Asia. Indonesia pun sudah jauh meninggalkan Malaysia dalam kemasukan pelaburan langsung asing. BEIJING  -- Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114.367 trilion (RM75.4 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Biro Statistik Negara pada Isnin, jumlah KDNK per kapita diunjur melebihi US$12,551 (RM52,321). Ketua NBS, Ning Jizhe berkata data tersebut menandakan peningkatan terhadap kekuatan komprehensif China, termasuk produktiviti sosial dan taraf hidup rakyatnya. Secara tidak langsung ia turut menggambarkan pembangunan China mempunyai dasar yang lebih kukuh, situasi lebih baik dan momentum yang mencukupi, katanya. Ekonomi China kekal menduduki tangga kedua di dunia berdasarkan da