KDNK China cecah RM75.4 trilion



KDNK China cecah RM75.4 trilion

[LINK: https://pakdin.my/?p=153531]

Perdana Menteri dan menteri Malaysia masih bercakap pasal pandemik dan vaksin, ekonominya masih tak menentu. Kemasukan pelaburan langsung asing antara yang terendah dikalangan negara Asia. Indonesia pun sudah jauh meninggalkan Malaysia dalam kemasukan pelaburan langsung asing.

BEIJING  -- Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114.367 trilion (RM75.4 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Biro Statistik Negara pada Isnin, jumlah KDNK per kapita diunjur melebihi US$12,551 (RM52,321). Ketua NBS, Ning Jizhe berkata data tersebut menandakan peningkatan terhadap kekuatan komprehensif China, termasuk produktiviti sosial dan taraf hidup rakyatnya.

Secara tidak langsung ia turut menggambarkan pembangunan China mempunyai dasar yang lebih kukuh, situasi lebih baik dan momentum yang mencukupi, katanya. Ekonomi China kekal menduduki tangga kedua di dunia berdasarkan data tersebut, manakala jumlah pengeluaran biji-bijian China pula mencecah 682.85 juta tan pada 2021.

Selain itu, seramai 12.68 juta penduduk di bandar dan luar bandar China memperoleh pekerjaan baharu sepanjang tahun 2021, pertambahan sebanyak 830 ribu berbanding 2020.

Ia menyaksikan pendapatan per kapita penduduk seluruh negara mencecah RMB35,000 (RM23,072), meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala perbelanjaan per kapita penduduk pula sebanyak RMB24,000 (RM15,821), meningkat 12.6 peratus.

Sementara itu, jumlah jualan runcit sosial China pada 2021  merekodkan RMB44 trilion (RM29 trilion), keperluan domestik telah menyumbang 79.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang 2021.

Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah merangsang pertumbuhan ekonomi sejagat dan China dianggarkan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 25 peratus pada 2021.

China sejak setahun lalu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang lebih ketat agar kesihatan dan keselamatan 1.4 bilion rakyatnya terjamin.

China mendorong kerjasama antarabangsa secara aktif bagi melawan pandemik COVID-19. Sehingga kini, China telah membekal lebih 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, dan menjadikan ia negara paling banyak membekalkan vaksin kepada negara lain.

Pada era pembangunan baharu, China akan mempercepat pembentukan pola pembangunan baharu, komited terhadap usaha memelihara pengoperasian ekonomi pada julat yang munasabah dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma