Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan


Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan

[LINK: https://pakdin.my/?p=153517]

 Perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara mesti diteruskan biarpun banyak dugaan dan rintangan, tegas Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut beliau, walaupun laluan dalam perjuangan bukan mudah tetapi semangat tidak akan luntur dan usaha meneruskan perjuangan juga tidak akan mundur.

“Moga Allah SWT permudahkan laluan perjuangan kita. Teruskan demi agama, bangsa dan negara.

“UMNO Bahagian Putrajaya tak pernah patah semangat, memang banyak cabaran dan tak mudah laluan tapi insya-Allah tak akan mundur,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya baru-baru ini.

Katanya, mesyuarat tersebut adalah rutin biasa yang dilaksana dalam kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bagi memastikan setiap apa yang diputuskan oleh dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung baru-baru ini dapat terus sampai ke akar umbi.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut menzahirkan penghargaan kepada anggota akar umbi kerana terus memberikan sokongan untuk memantapkan perjuangan parti.

“Sokongan semua yang terus bersama parti amat kami hargai dan moga akan tetap bersama dalam berdepan macam-macam lagi dugaan menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, katanya.

Dalam mesyuarat Bahagian UMNO Putrajaya ini, Tengku Adnan turut menegaskan kembali keputusan parti yang diangkat dalam MKT untuk terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun dalam masa yang sama kesiapsiagaan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keutamaan.

Apa yang penting katanya adalah kebersamaan UMNO bersama rakyat iaitu bukan hanya ahli-ahli parti tetapi juga mengenalpasti pengundi termasuklah pemilih baharu melalui gerak kerja yang dilaksana.

Dilaporkan, MKT UMNO telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.

Selain itu, persediaan ke arah Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang bakal dilaksana Mac depan juga bibincangkan dengan kali ini kehadiran perwakilan ke adalah melibatkan kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian tidak diadakan perhivmpunan secara hibrid.

Dalam masa yang sama penekakan kepada SOP dengan mematuhi hal yang ditetapkan iaitu daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma