Posts

[Video] 'Rempit' untuk isi masa lapang

Image
[Video] 'Rempit' untuk isi masa lapang.     Selanjutnya:  https://pakdin.my/158391      Bayan Lepas: Tiada aktiviti lain untuk dilakukan antara alasan yang diberi remaja ketika ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, awal pagi. Remaja berusia 16 tahun itu juga memberitahu keluarganya tidak tahu dia keluar rumah untuk 'main motosikal'. Selain pelajar Tingkatan Empat terbabit, pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang turut menahan penuntut kolej kerana melakukan aksi sama, antaranya 'superman', 'zig-zag' dan 'wheelie'. Ketua JSPT Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli berkata, operasi bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi itu memeriksa 50 motosikal dengan kebanyakan kenderaan diubah suai di bahagian enjin dan ekzos. "Operasi dibuat kerana kita menerima aduan orang ramai mengenai kenderaan yang diubah suai dan mengeluarkan bunyi bising. "Mereka kerap

[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya

Image
[Video] Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158385    Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini. Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit. “Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu. “Mangsa mengabaikan perkara

[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari

Image
[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari Selanjutnya:  https://pakdin.my/158380/    Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana di sini pada Khamis. Polis telah membawa lelaki berusia 31 tahun ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11.30 pagi Sabtu untuk memohon perintah tahanan reman. Majistret Syafiq Affandi Hasan menerima permohonan perintah reman dan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Adik perempuan suspek berusia 24 tahun telah diberi jamin polis. Pada Jumaat, media melaporkan dua beradik itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita di Damansara Perdana. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di Puncak Alam. Semakan mendapati lelaki be

[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas

Image
[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158375      SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat. Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat. Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut. "Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini. "Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna. "Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan

Adakah mereka Majlis Peguam atau bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?

Image
Adakah anda Majlis Peguam atau adakah anda biro bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158368       Adakah anda mahu "perarakan demi keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih" apabila: - hakim baru yang mempunyai tiada pengalaman mahkamah jenayah telah dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah jenayah untuk mengambil alih hakim sedia ada selepas perbicaraan mahkamah mengenai kes berprofil tertinggi di Malaysia (kes Najib) telah bermula? Sesuatu yang tidak akan berlaku di mana-mana negara lain di dunia. Adakah anda berarak ketika itu? - apabila minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebenar menunjukkan bahawa Maybank telah berurusan dengan 1MDB dan terlibat dalam mencadangkan dan menubuhkan SRC dimana hakim ini adalah Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat mereka tetapi dia tidak mengisytiharkan konflik kepentingan dan penglibatannya ketika itu dan menarik diri sebagai hakim untuk kes SRC? Adakah anda berarak ketika itu? -

Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR

Image
Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158363     Macam mana orang PH ni boleh keluarkan kenyataan seperti ini?  Siapa yang buat pengiraan untuk dia? Formula siapa yang kamu pakai? Kononnya harga tambang keretapi ECRL akan 6 kali ganda lebih tinggi berbanding tambang pesawat? Takkan syarikat ECRL gila? Marah seluruh pantai timur Malaysia sekiranya harga tambang tinggi melambung seperti itu! No. Kerajaan dan ECRL tak gila. Yang gila adalah orang PH yang keluarkan kenyataan macam ini? Ya, kos projek ECRL adalah tinggi tapi harga tambang akan munasabah dan berpatutan sebab sumber pendapatan projek ECRL bukan sahaja dari kutipan tambang pengguna. Bahagian terbesar sumber pendapatan dan trafik ECRL adalah dari pengangkutan barang-barang.  Freight dua hala dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Port Klang. Dengan ini, kapal-kapal tidak perlu melalui negara Singapura. Satu lagi sumber pendapatan ialah projek-projek pembangunan Tr

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Image
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158359     Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya, kata penganalisis politik. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dominan tidak berhasrat untuk menyerahkan mana-mana kerusi di negeri itu kepada mana-mana parti berasaskan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang. PN pimpinan Bersatu mempunyai dua ahli Parlimen dari Sarawak, iaitu Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) yang berpaling tadah daripada PKR. Persoalan timbul mengenai masa depan mereka dengan GPS untuk bertanding di kerusi yang mereka wakili. “Tiada siapa boleh membentuk kerajaan persekutuan secara sendirian. Malah Barisan Nasional (BN) yang dominan seperti sekarang memerlukan rakan kongsi, terutamanya parti di Sabah dan S