[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas


[Video] Stesen minyak habis bekalan, 200 kenderaan terkandas.  

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158375    

SETIU: Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di sini kehabisan pada Jumaat.

Menurut pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat.

Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut.

"Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini.

"Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna.

"Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan minyak terputus.

"Lori yang menghantar minyak telah datang tapi kerana kesesakan yang berlaku, kenderaan yang bergerak perlahan, sepatutnya sampai lebih awal tapi kerana kereta terlalu banyak kereta menyebabkan lori tergendala untuk sampai pada waktunya," katanya.

Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut.

Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata penggunaan di luar jangkaan berikutan sambutan perayaan Aidilfitri menyebabkan bekalan di sesetengah stesen minyak kehabisan bekalan dan perlu menunggu stok baharu tiba.

Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa dimaklumkan oleh syarikat minyak dan juga pemilik stesen minyak tentang status semasa bekalan serta tindakan proaktif mereka bagi memastikan keberadaan bahan bakar ini di pasaran.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma