[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari


[Video] Suspek samun penyampai berita direman 7 hari

Selanjutnya: https://pakdin.my/158380/  

Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana di sini pada Khamis.

Polis telah membawa lelaki berusia 31 tahun ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11.30 pagi Sabtu untuk memohon perintah tahanan reman.

Majistret Syafiq Affandi Hasan menerima permohonan perintah reman dan membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Adik perempuan suspek berusia 24 tahun telah diberi jamin polis.

Pada Jumaat, media melaporkan dua beradik itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes samun membabitkan seorang penyampai berita di Damansara Perdana.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di Puncak Alam.

Semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan 15 rekod jenayah orang dikehendaki polis berkaitan dadah, manakala wanita itu pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an mendapati kereta miliknya yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan Damansara Perdana dipecah oleh suspek.

Suspek telah menendang cermin di bahagian penumpang hadapan kereta dan mengambil beg milik pengadu yang mengandungi komputer riba serta barangan peribadi lalu melarikan diri setelah menyedari kehadiran pengadu.

Pengadu telah mengejar suspek lalu berlaku pergelutan dan beg milik pengadu telah terjatuh dari kereta suspek.

Pengadu telah mengalami kecederaan ringan dan kerugian dianggarkan RM500.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL