Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR


Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR 

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158363   

Macam mana orang PH ni boleh keluarkan kenyataan seperti ini? 

Siapa yang buat pengiraan untuk dia? Formula siapa yang kamu pakai?

Kononnya harga tambang keretapi ECRL akan 6 kali ganda lebih tinggi berbanding tambang pesawat?

Takkan syarikat ECRL gila?

Marah seluruh pantai timur Malaysia sekiranya harga tambang tinggi melambung seperti itu!

No. Kerajaan dan ECRL tak gila.

Yang gila adalah orang PH yang keluarkan kenyataan macam ini?

Ya, kos projek ECRL adalah tinggi tapi harga tambang akan munasabah dan berpatutan sebab sumber pendapatan projek ECRL bukan sahaja dari kutipan tambang pengguna.

Bahagian terbesar sumber pendapatan dan trafik ECRL adalah dari pengangkutan barang-barang. 

Freight dua hala dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Port Klang.

Dengan ini, kapal-kapal tidak perlu melalui negara Singapura.

Satu lagi sumber pendapatan ialah projek-projek pembangunan Transport oriented development (TOD) di sepanjang jajaran ECRL.

Tapi saya tengok PH akhirnya mengaku bahawa projek ECRL adalah baik. Mampu menyelesaikan kesesakan trafik jalan raya masa perayaan besar.

Dulu dorang juga yang kata ini projek songlap. Tapi lepas jadi kerajaan, PH kata tak ada songlap pulak. Cuma kos tinggi.

Lalu PH pun batalkan stesen-stesen, kurangkan jarak jajaran sehingga kos turun dari RM55b ke RM44b.

Lalu ditambah balik jajaran oleh kerajaan PN sehingga naik ke lebih RM50b tapi masih lebih pendek berbanding pelan asal kerajaan BN dan landasan ECRL tidak lagi sampai ke sempadan negara Thailand.

Oleh sebab PH buat kacau semasa mereka memerintah dan projek dihentikan, ditangguh dan diperlambatkan, ECRL tidak akan beroperasi pada tahun 2024 seperti rancangan kerajaan BN dulu.

Ditangguh ke Disember 2026 pulak.

Maka Rakyat pun perlu bertahan kesesakan trafik setiap kali masa perayaan untuk lebih dua tahun lagi.

Pembangunan ekonomi negara dan pantai timur juga tergendala selama dua tahun.

Well done, PH.


Facebook Najib Razak: 

https://web.facebook.com/najibrazak/posts/562905345200408


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma