Posts

Benarkan penganjuran festival Bon Odori, Sultan Selangor titah kepada Jais

Image
Benarkan penganjuran festival Bon Odori, Sultan Selangor titah kepada Jais Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159272   Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat penganjuran festival Bon Odori serta menghalang mana-mana individu untuk menyertainya. Jais dalam kenyataan hari ini berkata, Sultan Sharafuddin turut mengarahkan pegawai Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menghadiri festival berkenaan bagi “melihat sendiri” apa yang berlaku. “Baginda sendiri pernah hadir ke majlis tersebut beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan ia satu program sosial pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di negeri Selangor,” kata Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad. Festival tahunan itu yang dianjurkan oleh masyarakat Jepun di Malaysia kembali diadakan semula selepas berehat selama dua tahun disebabkan wabak Covid-19. Ia akan diadakan di Shah Alam p

Lindungi kepentingan veteran ‘seperti yang BN lakukan’, kata Najib

Image
Lindungi kepentingan veteran ‘seperti yang BN lakukan’, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159266   Pakatan Harapan berdiri teguh bersama para perajurit negara - kata DAP-PH? Veteran tentera mula menuntut keadilan bila negara ada kerajaan gagal? Sembang. DAP dan PH memang oportunis. Pakar menghasut yang mengambil kesempatan. Kenapa pula tak naikkan pencen dan kebajikan veteran tentera semasa PH memerintah? Malah Bantuan Bakti Negara kepada para veteran pula dimansuhkan dengan alasan negara sudah bankrap. "7 Feb 2019: Tiada lagi Bantuan Bakti Negara (BBN) bawah kerajaan PH" https://www.airtimes.my/2019/02/07/tiada-lagi-bantuan-bakti-negara-bbn-bawah-kerajaan-ph/ Dividen-dividen tahunan tabung LTAT selepas PRU14 pun hampeh berbanding sepanjang masa saya PM. 2015 (BN): 8.1% 2016 (BN): 8.0% 2017 (BN): 8.3% 2018 (PH): 2.5% 2019 (PH): 3.5% 2020 (PH+PN): 4.1% "Feb 2019: Jasa mereka kini dilupakan, kata Bossku" https://www.sinarharian.com.my/article/11931/BERITA/

(Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Image
Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu (Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang Selanjutnya:  https://pakdin.my/159250 Tular rakaman video kemalangan dahsyat melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya PLUS Utara-Selatan (Susur keluar Pedas/Linggi). Sebuah Myvi berwarna hitam memecut di lorong kanan sehingga melanggar belakang Toyota Avanza. Setelah bahagian kanan MPV itu terseret beberapa meter di pembahagi lebuh raya, MPV itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki lorong tengah. Dua lagi kenderaan, Proton Persona dan Saga turut menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut. Sekumpulan pemuda konvoi bermotosikal berhenti di tepi jalan untuk memberikan pertolongan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semasa mereka menghampiri kereta Myvi yang menjadi punca kemalangan tersebut, mereka mendapati pemandunya dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang apabila mereka menjumpai alat untuk menghisap bahan tersebut. Dalam satu video lain pula, pemuda itu mendakwa mengaku di

Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar

Image
Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden  PAN, Mahfuz Omar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159237   Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya. Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU. “Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam. “Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.” “Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana menteri dengan pen

[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya

Image
[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159233   Beberapa kepingan rangka manusia ditemukan dalam perut seekor bangkai buaya seberat 300kg, di Kampung Nyabut, Trombol, dekat Kuching, hari ini. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada buaya yang mempunyai kesan rahang patah merupakan reptilia sama membaham seorang kanak-kanak lelaki, pada 21 Mei. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching. Berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. Sarawak Forestry Corporation dalam kenyataannya, berkata Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC ketika ini sedang giat menjalankan usaha perburuan buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di kawasan Trombol dan daerah Lundu. “Buaya berkenaan dipercayai mati tiga hari lalu. Selain itu tu

(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh

Image
(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159228   CHITTAGONG, BANGLADESH: Angka kematian akibat kebakaran dan letupan di depoh kontena, di sini meningkat kepada 34 orang pada Ahad (5/6/2022). Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan lebih 300 mangsa cedera. Ketua doktor di wilayah itu, Elias Chowdhury memberi, AFP, ketika pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran, lebih 300 cedera. "Mereka termasuk beberapa wartawan, yang melakukan siaran langsung (mengenai insiden) di Facebook, yang belum diketahui jumlahnya," katanya. "Terdapat beberapa mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya nampak ada lapan atau 10 mayat," kata seorang sukarelawan kepada wartawan. Mereka yang cedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata Ketua Polis Wilayah Chittagong Anwar Hossain kepada AFP. Sekurang-kurangnya lima anggota bomba yang terbunuh. "Angka korban dijangka terus menin

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftark