(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh
(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh
Selanjutnya di: https://pakdin.my/159228
CHITTAGONG, BANGLADESH: Angka kematian akibat kebakaran dan letupan di depoh kontena, di sini meningkat kepada 34 orang pada Ahad (5/6/2022).
Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan lebih 300 mangsa cedera.
Ketua doktor di wilayah itu, Elias Chowdhury memberi, AFP, ketika pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran, lebih 300 cedera.
"Mereka termasuk beberapa wartawan, yang melakukan siaran langsung (mengenai insiden) di Facebook, yang belum diketahui jumlahnya," katanya.
"Terdapat beberapa mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya nampak ada lapan atau 10 mayat," kata seorang sukarelawan kepada wartawan.
Mereka yang cedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata Ketua Polis Wilayah Chittagong Anwar Hossain kepada AFP.
Sekurang-kurangnya lima anggota bomba yang terbunuh.
"Angka korban dijangka terus meningkat kerana sebahagian mangsa yang cedera berada dalam kritikal, kata Hossain.
Saksi berkata, letupan berlaku ketika orang ramai sedang berusaha memadamkan kebakaran.
"Saya berdiri di dalam depoh. Letupan itu menyebabkan saya tercampak kira-kira 10 meter (hala) dari tempat saya berdiri. Tangan dan kaki saya melecur," kata pemandu lori, Tofael Ahmed.
Letupan sangat kuat sehingga menggegarkan bangunan kediaman beberapa kilometer dari depoh, kata Mohammad Ali, 60, yang mempunyai kedai runcit berhampiran.
"Sebuah silinder 'terbang' kira-kira setengah kilometer dari tempat kebakaran ke kolam kecil kami ketika letupan berlaku.
"Letupan turut mencetuskan bebola api ke langit, sebelum turun seperti hujan. Kami sangat takut menyebabkan kami segera meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan... Kami menyangka api akan merebak ke kawasan ini kerana ia sangat padat dengan penduduk," katanya.
Depoh kontena menyimpan hidrogen peroksida, kata ketua perkhidmatan bomba Brigedier Jeneral Main Uddin kepada pemberita.
"Kami masih tidak dapat mengawal kebakaran kerana kewujudan bahan kimia ini," katanya.
Ketua doktor di Chittagong, Chowdhury berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke beberapa hospital berbeza di wilayah itu dan doktor yang sedang bercuti diarah kembali untuk membantu.
(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh
— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) June 5, 2022
Selanjutnya di: https://t.co/ESBSZxD397 pic.twitter.com/kBdXkqOe0M
Comments
Post a Comment