(Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang


Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu (Video) Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Selanjutnya: https://pakdin.my/159250

Tular rakaman video kemalangan dahsyat melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya PLUS Utara-Selatan (Susur keluar Pedas/Linggi).

Sebuah Myvi berwarna hitam memecut di lorong kanan sehingga melanggar belakang Toyota Avanza. Setelah bahagian kanan MPV itu terseret beberapa meter di pembahagi lebuh raya, MPV itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki lorong tengah. Dua lagi kenderaan, Proton Persona dan Saga turut menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut.

Sekumpulan pemuda konvoi bermotosikal berhenti di tepi jalan untuk memberikan pertolongan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Semasa mereka menghampiri kereta Myvi yang menjadi punca kemalangan tersebut, mereka mendapati pemandunya dipercayai di bawah pengaruh bahan terlarang apabila mereka menjumpai alat untuk menghisap bahan tersebut.

Dalam satu video lain pula, pemuda itu mendakwa mengaku dirinya ‘Imam Mahdi’ kepada kumpulan konvoi motosikal itu dan turut dirakam ketika dia duduk di tempat penumpang belakang sedang mengucap dua kalimah syahadah sambil memeluk bantal berwarna merah.

Rakaman video-video kemalangan itu mengundang kemarahan netizen kepada pemandu Myvi itu yang telah menyebabkan pengguna-pengguna lebuh raya yang tidak bersalah turut menjadi mangsa kemalangan.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam yang tular itu, dia telah pun membuat aduan di balai polis terdekat dan PLUS. Mana-mana mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu boleh hubungi balai polis untuk rujukan. 

Bukti berupa video dan gambar individu disyaki telah diberikan kepada pihak berkuasa.

Comments

  1. Pengen CAIR KETUA? mau tau dimana situs yang lagi gacor ? gas kan bosku apalagi
    LOKASI123
    SITUS SLOT /TEMBAK IKAN /SPORTSBOOK / LIVECASINO / TOGEL TERPERCAYA LOKASI123 BAYARAN TERTINGGI.
    Min Depo 10.000 / Wd 50.000.
    📍 BONUS NEW MEMBER 30% - 500 RIBU
    📍 ROLLINGAN 1%
    📍 BONUS HARIAN 20%
    📍 Cashback Rollingan Sportbook 10%
    📍 BONUS REFERRAL UP TO 15%
    📍 CASHBACK PARLAY 7-10-100%
    📍 BONUS FREESPIN 30-20%
    LINK ALTERNATIF :
    ➡️ lokasi123.net
    ➡️ lokasi123.biz
    ➡️ lokasi123.org
    ➡️ 123lokasi.com
    ➡️ 123lokasi.co

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL