[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya


[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159233 

Beberapa kepingan rangka manusia ditemukan dalam perut seekor bangkai buaya seberat 300kg, di Kampung Nyabut, Trombol, dekat Kuching, hari ini.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada buaya yang mempunyai kesan rahang patah merupakan reptilia sama membaham seorang kanak-kanak lelaki, pada 21 Mei.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching.

Berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai.

Sarawak Forestry Corporation dalam kenyataannya, berkata Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC ketika ini sedang giat menjalankan usaha perburuan buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di kawasan Trombol dan daerah Lundu.

“Buaya berkenaan dipercayai mati tiga hari lalu. Selain itu turut dijumpai adalah beberapa kepingan rangka manusia di dalam perut haiwan liar yang berukuran 15 kaki (4.57m) tersebut.

“Kesemua pihak terlibat dalam operasi ini belum dapat mengesahkan serta mengenal pasti sama ada buaya itu merupakan buaya yang terlibat dalam insiden mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, orang awam diingatkan bahawa kerja pemburuan dan penangkapan buaya perlu diserahkan kepada SFC dan bukannya mengambil tindakan bersendirian kerana mengundang bahaya.

“Selain itu, kerja-kerja sebegini memerlukan lesen dan permit kerana haiwan ini adalah terlindung di bawah undang-undang,” katanya.

SFC juga akan meneruskan usaha meningkatkan pemahaman penduduk berhubung perihal buaya menerusi “Program 3M Buaya”.

“Program ini merupakan satu pendekatan yang diambil SFC bagi membantu komuniti setempat untuk “mengenali, memahami dan memulihara” buaya.

Katanya, program itu akan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kaedah menangani konflik manusia dan buaya dengan lebih cekap.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL