Posts

Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040

Image
Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160598/ Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya. Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.  Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.   Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.  Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjar

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Image
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160581/ KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. "Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Berita sebelum: Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin
Image
[VIDEO] Rumah panjang Jungan 36 pintu musnah terbakar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160576 SELANGAU-- Sebuah rumah panjang di Batu 36 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini.  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6:58 pagi 23 Ogos 2022.  Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan Rumah Jungan sepanjang 36 pintu, struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan. "PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang di alamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.  Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota.  https://youtu.be/BbfwWzdGnEs Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang ber

[VIDEO] Wanita Thailand membunuh teman lelakinya yang kejam di hadapan seorang sami

Image
[VIDEO] Wanita Thailand membunuh teman lelakinya yang kejam di hadapan seorang sami BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160571 Seorang wanita yang sering dikasari kekasihnya berkata dia menembak dan membunuh teman lelakinya di hadapan seorang sami kerana dia tidak tahan lagi dengan keganasannya. Wanita berusia 40 tahun itu, Tharinya, menembak teman lelakinya, Supornchai, juga 40, beberapa kali ke dada dan perut ketika dia sedang menghulurkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng di wilayah Pathum Thani, dekat Bangkok. Polis telah dipanggil ke tempat kejadian dan menangkap wanita itu dan merampas pistol yang digunakannya, pistol CZ 9 milimeter, bersama peluru. Lelaki itu mempunyai dua kesan tembakan di perut dan dua lagi di dadanya. Tharinya memberitahu polis pasangan itu telah bersama selama empat tahun tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Teman wanita itu mengaku dia menembak teman lelakinya kerana dia tidak tahan lagi dengan penderaan da

[VIDEO] Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru

Image
[VIDEO] Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160566/ Datuk Seri Najib Razak malam ini melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini. Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini. Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor. Najib tiba bersama anak lelakinya Nor Ashman, pada jam 8.20 malam sebelum disertai Rosmah, 20 minit kemudian. Antara pemimpin yang hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. https://youtu.be/eAyJFjKWM34 Sejurus solat Isyak, Najib dan jemaah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu. Ketika ucapan, Najib berkat

[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat

Image
[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160561 KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. https://twitter.com/kamaluddinidrus/status/1561345772087455745?s=21&t=TqZ60S7D6O4Ds1mnVWzWeA