[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’


[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/

Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022.

Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam.

“Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan.

https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL