[VIDEO] Rumah panjang Jungan 36 pintu musnah terbakar

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160576

SELANGAU-- Sebuah rumah panjang di Batu 36 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6:58 pagi 23 Ogos 2022. 

Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan Rumah Jungan sepanjang 36 pintu, struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan.

"PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang di alamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota. 

https://youtu.be/BbfwWzdGnEs

Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang bersama  FRT  6 anggota, EMRS 3 anggota dan Water Tanker 2 angggota juga tampil membantu ke lokasi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL