Posts

Bekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan melanggar protokol.

Image
Bekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan melanggar protokol. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163328 Pendapat bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid: Abdul Hamid Mohamad berkata, tiada undang-undang bertulis berhubung perkara itu dan protokol dinyatakan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat tidak pernah disebut dalam mahkamah sebelum penggubalannya oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakimannya minggu lalu. “Tidak dapat menemui mana-mana peruntukan Perlembagaan yang jelas untuk bergantung atau yang kabur sekalipun untuk berkait, mereka menggunakan prinsip kebebasan kehakiman dan mencipta protokol baharu. “Oleh sebab SPRM tidak mengikut protokol yang belum ada itu, SPRM telah melanggar protokol itu! Biar apa pun, ia memberi alasan kepada mahkamah itu untuk menyalahkan penyiasatan itu. Katanya, beliau amat risau melihat perkembangan penghakiman Mahkamah Persekutuan beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia membuat ke

[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI

Image
[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163317 Orang awam dinasihat usah masuk campur urusan penetapan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023 kerana ia perlu ditentukan berdasarkan cerapan anak bulan. Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, bulan Syawal hanya boleh ditetapkan apabila nampak anak bulan dan bukannya berdasarkan tarikh dalam kalendar yang dibuat awal. Ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, ramai pengguna media sosial yang jahil agama menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengumumkan tarikh raya lebih awal. “Ramai netizen marah sebab kerajaan termasuk Jakim tidak mahu tetapkan lagi tarikh raya kerana kalau mengejut susah. https://www.instagram.com/reel/CqxS6kZJkDo/?utm_source=ig_web_copy_link “Raya mengejut terjadi kalau nampak anak bulan. Kalau tidak nampak, tidak adalah raya mengejut. Empat mazhab; Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki semua menggariskan per

Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid

Image
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163305 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, iaitu sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan parti terbabit bermula 7 hingga 10 Jun depan. “Untuk pengetahuan semua, mesyuarat MKT tadi telah menetapkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2023 bermula pada 7 sehingga 10 Jun. “Kita laksanakan Perhimpunan Agung UMNO agak awal kerana selepas itu kita akan menjelajah ke negeri-negeri untuk proses berkempen dan menggerakkan jentera bagi PRN,” katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/UJ8fdZqPmnI Katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa konven

[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib

Image
[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163289 Memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta dengan memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian. memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan MKT berdukacita dan mengetahui keresahan daripada ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini telah membincangkan beberapa perkara berikut: 1. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC. 2. Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresah

[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut - Bomba

Image
[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut - Bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163278 SEREMBAN: Beberapa kawasan dan peniaga bazar Ramadan di sekitar Mantin, Nilai dekat sini terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda, petang tadi 7 April 2023. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Priscilla Carol Thomas, berkata antara kawasan terbabit adalah Kampung Che Lah, Klinik Kesihatan Mantin, Desa Pinggiran Bayu, Kolej Legenda, Jalan Mantin ke Sungai Machang dan Jalan Mantin ke Beranang. Katanya, pihak bomba menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 3 petang hingga jam 5.30 petang tadi akibat kejadian ribut. "Sejurus menerima panggilan, anggota bomba terus ke lokasi terlibat dan meneruskan kerja-kerja mengalihkan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan terjejas termasuk di kawasan perumahan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Beliau berkata, beberapa peniaga bazar Ramadan juga terkesan akibat ribut y

[VIDEO] Roket dari Lubnan disasar ke Israel selepas pertempuran di Masjid Al-Aqsa

Image
[VIDEO] Roket dari Lubnan disasar ke Israel selepas pertempuran di Masjid Al-Aqsa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163265 FASSUTA, ISRAEL: Bertubi-tubi roket dilepaskan dari Lubnan ke arah Israel pada Khamis, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa, yang menimbulkan amaran tindak balas dari seluruh wilayah itu. Tentera Israel berkata pihaknya sudah mengenal pasti 34 roket yang dilancarkan dari wilayah Lubnan ke Israel, dengan 25 daripadanya berjaya dipintas oleh pertahanan udara Israel. "Lima roket mendarat di wilayah Israel," menurut kenyataan tentera selepas serangan itu, bagaimanapun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini. Tembakan roket itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas polis rusuhan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Subuh semalam dan sekali lagi di sebelah petangnya, sehingga dikecam seluruh dunia Islam. Perdana Menteri Israel, Benja

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat

Image
Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163250 Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan adalah pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023. Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas. Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut. “Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri. https://twitter.com/UAE_BARQ_EN/status/1643872042117201920?s=20