[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib


[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163289

  • Memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta dengan memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian.
  • memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan
  • MKT berdukacita dan mengetahui keresahan daripada ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini telah membincangkan beberapa perkara berikut:

1. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.

2. Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil seiring dengan kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Yang Amat Arif Dato’ Abdul Rahman bin Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut menyatakan bahawa Datuk Seri Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas dan dilepaskan.

3. Majlis Kerja Tertinggi juga telah menerima memorandum daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara.

4. Setelah diperincikan, Majlis Kerja Tertinggi merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

5. Justeru  Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta dengan Memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

6. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada hari ini telah menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2023  akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun 2023. 

https://drive.google.com/file/d/1FA_2qCC_qlNdBkHdpq_9K0lUSwHaviWV/view?usp=share_link


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL