Bekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan melanggar protokol.


Bekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan melanggar protokol.

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163328

Pendapat bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid:

Abdul Hamid Mohamad berkata, tiada undang-undang bertulis berhubung perkara itu dan protokol dinyatakan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat tidak pernah disebut dalam mahkamah sebelum penggubalannya oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakimannya minggu lalu.

“Tidak dapat menemui mana-mana peruntukan Perlembagaan yang jelas untuk bergantung atau yang kabur sekalipun untuk berkait, mereka menggunakan prinsip kebebasan kehakiman dan mencipta protokol baharu.

“Oleh sebab SPRM tidak mengikut protokol yang belum ada itu, SPRM telah melanggar protokol itu! Biar apa pun, ia memberi alasan kepada mahkamah itu untuk menyalahkan penyiasatan itu.

Katanya, beliau amat risau melihat perkembangan penghakiman Mahkamah Persekutuan beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia membuat keputusan melebihi bidang kuasanya.

Beliau berkata, penghakiman itu turut menyindir seolah-olah cabang eksekutif dan perundangan tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas mereka secara bebas.

Penghakiman itu juga meletakkan hakim “di tingkat lebih istimewa daripada semua orang, termasuk raja-raja” dengan mengkehendaki pihak berkuasa merujuk ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim sedang berkhidmat.


SUMBER disini:

FACEBOOK Najib Razak

https://web.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0gnxc8FfjRbguMT3mk29EXej4NmEJMS89MkAJDtA36ueFeaw4QQ1puwPLHb49DpGZl

BACA kenyataan bekas Ketua Hakim

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/03/protokol-apa-soal-bekas-ketua-hakim-berkait-keputusan-siasatan-nazlan/

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL