[VIDEO] Roket dari Lubnan disasar ke Israel selepas pertempuran di Masjid Al-Aqsa


[VIDEO] Roket dari Lubnan disasar ke Israel selepas pertempuran di Masjid Al-Aqsa

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163265

FASSUTA, ISRAEL: Bertubi-tubi roket dilepaskan dari Lubnan ke arah Israel pada Khamis, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa, yang menimbulkan amaran tindak balas dari seluruh wilayah itu.

Tentera Israel berkata pihaknya sudah mengenal pasti 34 roket yang dilancarkan dari wilayah Lubnan ke Israel, dengan 25 daripadanya berjaya dipintas oleh pertahanan udara Israel.

"Lima roket mendarat di wilayah Israel," menurut kenyataan tentera selepas serangan itu, bagaimanapun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Tembakan roket itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas polis rusuhan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Subuh semalam dan sekali lagi di sebelah petangnya, sehingga dikecam seluruh dunia Islam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi keselamatan dan akan melakukan penilaian dengan ketua agensi keselamatannya, menurut pejabatnya.


Perkhidmatan kecemasan Israel melaporkan seorang lelaki cedera ringan terkena serpihan sementara seorang wanita pula cedera ketika berlari mencari tempat perlindungan.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan menggesa sekatan dibuat.

"Keadaan semasa amat serius. UNIFIL menggesa sekatan dan mengelak ketegangan meningkat," kata pasukan yang mengawal kawasan sempadan antara kedua-dua negara yang secara teknikalnya masih berperang.

Tentera Israel memberitahu, siren amaran dibunyikan di bandar Shlomi dan di Moshav Betzet serta Galilea di utara Israel.

Tentera Israel menafikan sudah bertindak balas terhadap serangan itu, reaksi tindak balasnya terhadap laporan dari Agensi Berita Nasional Lubnan yang mendakwa Israel sudah mula menyerang sasaran di selatan Lubnan.

Menurut laporan berita Lubnan itu, artileri Israel didakwa sudah melepaskan beberapa peluru dari kedudukannya di sempadan iaitu selepas pelancaran beberapa roket jenis Katyusha ke arah Israel.

Jurucakap tentera memberitahu, Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sudah diberi taklimat mengenai butiran peristiwa di sempadan utara Israel itu.

"Menteri akan menjalankan penilaian situasi dengan pegawai kanan bagi menentukan kedudukan pertahanan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma