Posts

Srettha Tavisin menjadi Perdana Menteri Thailand ke-30

Image
Srettha Tavisin menjadi Perdana Menteri Thailand ke-30 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166799 Thailand akhirnya mendapat Perdana Menteri baharu selepas calon Parti Pheu Thai, Srettha Tavisin memperoleh undi yang mencukupi daripada anggota Dewan Negara Thailand untuk menjadi perdana menteri ke-30 kerajaan itu. Hari ini, 22 Ogos, menandakan hari penting bagi Thailand, kerana negara menyaksikan dua peristiwa penting. Mengetuai berita utama ialah kepulangan bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra, selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun. Bekas PM berusia 74 tahun itu tiba di Thailand kira-kira jam 9 pagi hari ini dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Tumpuan turut menyinari masa depan Thailand ketika Parlimen bersidang buat kali ketiga untuk memilih PM baharu. Sebelum mencadangkan calon PM, Ahli Parlimen Move Forward Party (MFP) Rangsiman Rome menggesa Presiden Parlimen Wan Muhammad Nor Matha (Wan Nor) untuk mempertimbangkan semula pemimpin MFP Pita Limjaroenrat sebagai PM.

Tujuh Ahli Parlimen BN akan letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid

Image
Tujuh Ahli Parlimen BN akan letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166775 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan terdapat tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mengosongkan kerusi masing-masing, hanya khabar angin. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, kesemua Ahli Parlimen parti terbabit terikat dengan aku janji berserta dokumen yang ditandatangani dan diikrarkan di hadapan beliau. "Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka mewakili parti dan bukan diri sendiri. "Ini sudah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen yang diikrarkan di hadapan saya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysi
Image
Bekas pegawai tentera ditahan kerana mengeksploitasi gadis bawah umur di bar karaoke BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166770 Seorang pesara pegawai tentera telah ditangkap oleh Bahagian Pencegah Jenayah (CSD) Thailand kerana menjalankan bar karaoke di mana dia didakwa mengeksploitasi gadis bawah umur. Bekas leftenan itu, yang hanya dikenali sebagai Ratwut berusia 59 tahun, telah ditahan awal hari ini di salah sebuah pusat hiburan milik beliau di wilayah selatan Chumphon. Ratwut, juga dikenali sebagai “Uncle Odd,” dituduh mengaut keuntungan daripada mengeksploitasi kanak-kanak, dengan dakwaan menyatakan dia memikat gadis bawah umur untuk berkelakuan tidak wajar untuk memenuhi kehendak pelanggannya. Pegawai CSD membuat tangkapan di bar karaoke di Ban Na, di mana Ratwut didakwa menggaji kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun untuk berhibur dan minum bersama pelanggan. Operasi haram itu berselindung di sebalik sebuah bar biasa, dengan harga antara 2,500 hingga 4,600 baht setiap

BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina

Image
BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166766 1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.  2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.  4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandangan. Tetapi da

[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166761 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghormati apa juga agenda yang dibawa kerajaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Justeru, beliau berkata agenda dan tema Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat. “Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek. "Kita boleh berbeza pandangan, pegangan dan pendapat, tetapi ada akhlak yang harus kita akui sebagai panduan utama kita. Ada tatacara, perbezaan dan pendapat tidak harus semberono," katanya. Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MADANI Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Bikers Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Poli

[VIDEO] Ahmad Zahid bantu penunggang motosikal kemalangan

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid bantu penunggang motosikal kemalangan TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur untuk segera mendapatkan rawatan. Menerusi perkongsiannya di Twitter rasminya, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC. “Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim. “Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya pada Isnin. Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar mangsa tersebut sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat

Image
[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166750 Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di perairan Kemasin, di sini awal pagi semalam ditemui selamat. Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata Rohaimi Ahmad, 47 tahun, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 tahun dan Amir Zulfikar Che Wil, 29 tahun ditemui nelayan di Pantai Belawan, Takbai, Thailand. Beliau berkata, menerusi maklumat awal bot dinaiki ketiga-tiga nelayan terbabit dihanyutkan ke negara berkenaan selepas kehabisan minyak kira-kira 10 kilometer dari perairan negara. "Bot KNF 7086 berwarna kuning yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dan ditunda dari Pantai Belawan ke jeti Polis Marin Takbai petang ini," katanya dalam sidang media di Jeti Kuala Kemasin, di sini, hari ini. Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malay