Tujuh Ahli Parlimen BN akan letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid


Tujuh Ahli Parlimen BN akan letak jawatan hanya khabar angin - Ahmad Zahid

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166775

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan terdapat tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mengosongkan kerusi masing-masing, hanya khabar angin.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, kesemua Ahli Parlimen parti terbabit terikat dengan aku janji berserta dokumen yang ditandatangani dan diikrarkan di hadapan beliau.

"Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka mewakili parti dan bukan diri sendiri.

"Ini sudah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen yang diikrarkan di hadapan saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis Ke-216 dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali serta Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Semalam Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, satu rakaman video mendakwa terdapat satu desas-desus tujuh Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi mereka.

Tujuh kerusi Parlimen yang disebutkan dalam video Pengarah Komunikasi BN itu adalah empat kerusi Parlimen di Johor, masing-masing satu kerusi di Pahang, Sabah dan utara tanah air.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma