[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid


[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166761

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghormati apa juga agenda yang dibawa kerajaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan.

Justeru, beliau berkata agenda dan tema Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek.

"Kita boleh berbeza pandangan, pegangan dan pendapat, tetapi ada akhlak yang harus kita akui sebagai panduan utama kita. Ada tatacara, perbezaan dan pendapat tidak harus semberono," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MADANI Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Bikers Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Polis ke-216 serta Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL