Posts

[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda

Image
[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda BACA seterusnya di: pakdin.my/167424 KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK Putrajaya, 12 September 2023 – Pihak kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Malaysia secara rasminya telah membatalkan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers) (“AGC”) terhadap anakguam kami, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (“Dato’ Sri Najib”), berkaitan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang dimulakan sejak tahun 2018. Bagi menyegarkan semula ingatan masyarakat Malaysia, rayuan yang dirujuk di atas merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2

Premis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal

Image
Premis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167420 - Premis 'nasi ayam claypot' yang tular di media sosial baru-baru ini telah disahkan tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Sehubungan itu umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.     "Pemilik restoran tersebut adalah bukan pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh mana-mana badan berautoriti. Makanan ini sangat penting sebab benda yang kita makan itu kalau tidak halal ia akan membentuk darah daging kita," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. "Jadi lebih baik untuk kita bersifat dan bersikap untuk berhati-hati dan alhamdulillah kita ada cara bagaimana kita hendak tentukan sama ada sesuatu restoran itu mempunyai sijil halal ataupun sebaliknya," kata beliau s

Pasaran getah ditutup tinggi

Image
Pasaran getah ditutup tinggi SMR 20 berada pada 671 sen sekilogram Lateks pukal pada 478.50 sen sekilogram Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, seiring prestasi pasaran hadapan serantau susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan pendirian kadar faedah tinggi bagi tempoh lebih lama. Seorang peniaga berkata, pasaran hadapan getah Jepun meningkat dalam sesi kedua pada Isnin, walaupun penyusutan dicatatkan oleh pasaran tenaga mengekang peningkatan lebih ketara. “Kenaikan seterusnya turut dikekang oleh penurunan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama. Dalam pada itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (SMR 20) meningkat sebanyak lima sen kepada 673 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 479.0 sen sekilogram. Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 671 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 478.50 sen sekilogram.

SKR RM300 untuk peneroka Felda umur 65 tahun ke atas

Image
SKR RM300 untuk peneroka Felda umur 65 tahun ke atas BACA seterusnya di: pakdin.my/167411 Insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 akan diberikan kepada warga peneroka Felda berumur 65 tahun ke atas. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan membina 12 buah Pusat Hemodialisis di semua kawasan FELDA dan di premis Yayasan FELDA di Kelana Jaya.  "Kesejahteraan masyarakat desa, termasuk peneroka dan pekebun kecil, akan terus dibela melalui kajian semula dan pengukuhan fungsi dan peranan agensi berkaitan, terutama FELDA, FELCRA, RISDA dan MARA", katanya semasa membentangan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dalam sidang Dewan Rakyat "Seterusnya, dalam program FELDA MADANI, para peneroka akan terus punyai peluang untuk menjana pendapatan yang lebih baik.  Usaha ini termasuk pelaksanaan program peningkatan keterjaminan makanan dan langkah drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman

[VIDEO] Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura

Image
[VIDEO] Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura BACA seterusnya di pakdin.my/?167404 SINGAPURA – Seorang penunggang basikal terkejut  terserempak dengan seekor tapir Malaya yang bergerak  laju di sebuah taman di Punggol, Singapura, awal pagi semalam, lapor portal berita Mothership. Individu berkenaan yang menggunakan nama Pong Posadas pada laman Facebook,  memuat naik video tapir itu dalam kumpulan sembang,  SG PCN Cyclist. Rakaman memaparkan haiwan tersebut berlari di hadapannya setelah memintasnya yang sedang menunggang basikal di sebuah trek pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan). Menurut Pong, tapir itu berlari dengan amat laju ke arah Jambatan Lorong Halus. “Saya terdengar sesuatu sedang berlari dari arah belakang. Saya menyangkakan ia kuda. Saya memperlahankan basikal dan membiarkan tapir itu memintas saya,” katanya. Sebelum ini, dilaporkan seekor tapir  Malaya  yang dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura dilihat berkeliaran di Punggol Park Connector pada 22 Ju

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq

[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai

Image
[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai BACA seterusnya di: pakdin.my/167395 - Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai. Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram. Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH. "Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah