SKR RM300 untuk peneroka Felda umur 65 tahun ke atas


SKR RM300 untuk peneroka Felda umur 65 tahun ke atas

BACA seterusnya di: pakdin.my/167411

Insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 akan diberikan kepada warga peneroka Felda berumur 65 tahun ke atas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan membina 12 buah Pusat Hemodialisis di semua kawasan FELDA dan di premis Yayasan FELDA di Kelana Jaya. 

"Kesejahteraan masyarakat desa, termasuk peneroka dan pekebun kecil, akan terus dibela melalui kajian semula dan pengukuhan fungsi dan peranan agensi berkaitan, terutama FELDA, FELCRA, RISDA dan MARA", katanya semasa membentangan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dalam sidang Dewan Rakyat

"Seterusnya, dalam program FELDA MADANI, para peneroka akan terus punyai peluang untuk menjana pendapatan yang lebih baik. 

Usaha ini termasuk pelaksanaan program peningkatan keterjaminan makanan dan langkah drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma