Pasaran getah ditutup tinggi


Pasaran getah ditutup tinggi


  • SMR 20 berada pada 671 sen sekilogram
  • Lateks pukal pada 478.50 sen sekilogram

Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, seiring prestasi pasaran hadapan serantau susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan pendirian kadar faedah tinggi bagi tempoh lebih lama.

Seorang peniaga berkata, pasaran hadapan getah Jepun meningkat dalam sesi kedua pada Isnin, walaupun penyusutan dicatatkan oleh pasaran tenaga mengekang peningkatan lebih ketara.

“Kenaikan seterusnya turut dikekang oleh penurunan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (SMR 20) meningkat sebanyak lima sen kepada 673 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 479.0 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 671 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 478.50 sen sekilogram.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma