Posts

Hentikan politik sempit - Ingatan kepada Ahli Parlimen

Image
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit kerana perkara itu telah berlarutan sejak sekian lama hingga melelahkan rakyat dan kerajaan. Tegas baginda, sebagai wakil rakyat, mereka seharusnya memberikan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran bermanfaat demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara berterusan. Tuanku Abdul Halim bertitah, dalam negara demokrasi berperlembagaan, masing-masing boleh berlainan pandangan, namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang akhirnya menjerumuskan negara kepada kehancuran. "Beta menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat dan rakyat keseluruhannya supaya bersatu serta sayangilah negara ini dengan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, mempertahan dan melindunginya. "Elakkan juga daripada memburuk-burukkan negara d

Kekang salah guna media sosial – Seri Paduka

Image
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, cubaan segelintir pihak memainkan sentimen perkauman serta menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis perlu dikekang dan ditangani segera oleh agensi-agensi berkaitan. Titah Tuanku Abdul Halim, kelewatan bertindak berhubung isu-isu yang melibatkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum boleh menyebabkan konflik dan perbalahan yang lebih besar. "Beta ingin mengingatkan rakyat jelata agar sentiasa memelihara keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat," titah Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen Keempat Penggal Ke-13 hari ini. Turut berangkat dalam majlis perasmian itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam pada itu, Yang di-Pe

Dr. Mahathir lemah, perlukan pakatan pembangkang – Wan Azizah

Image
Pakatan pembangkang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka adalah lemah serta hanya menumpang pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebaliknya, Ketuanya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail menegaskan bahawa Dr. Mahathirlah yang sebenarnya memerlukan bantuan pihak pembangkang dalam usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Dakwaan pembangkang tidak kuat sehingga memerlukan Dr. Mahathir adalah tidak benar. Sebaliknya beliau yang tidak kuat dan memerlukan kami (pembangkang)," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa pakatan pembangkang memerlukan sokongan serta pengaruh daripada Dr. Mahathir. Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, pakatan pembangkang akhirnya mengakui bahawa pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama reformasi lain yang terkandung di dalam pakatan antara Dr. Mahathir dan pem

Mesyuarat Tergempar Mungkin Diadakan

Image
Umno mungkin memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, kata Datuk Seri Hassan Malek. Ahli Majli Tertinggi (MT) Umno itu memberitahu The Star Online bahawa Umno tidak boleh bertolak ansur dengan musuh di dalam parti. "Kami tidak boleh bertolak ansur dengan semua perkara karut ini dan tidak mahu mempunyai musuh di dalam parti," katanya. Beliau berkata presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu. "Kami biasanya mempunyai mesyuarat sekali setiap bulan tetapi saya percaya perkara ini memerlukan mesyuarat tergempar. "Kami perlu melakukan sesuatu mengenainya kerana jika anda mahu bersama kami, anda bekerja dan menyokong kami. Sebaliknya ia lebih teruk lagi," katanya. Beliau berkata tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat me

Zaman Khan nafi terbabit gerakan 'Deklarasi Rakyat'

Image
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan menafikan sebarang pembabitannya dalam gerakan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang dihubungi BH sebentar tadi juga menafikan tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menandatangani sebarang deklarasi, termasuk 'Deklarasi Rakyat' yang dibawa Dr Mahathir, semalam. Katanya, pemakluman mengenai namanya turut disenarai dalam senarai individu yang menandatangani deklarasi itu diketahui menerusi anaknya pagi ini. "Saya tidak tahu apa-apa, saya tidak pernah terbabit dengan deklarasi ini dan (gerakan) Tun Dr Mahathir. Saya hanya tahu (perkara) ini pagi tadi menerusi anak saya," katanya. Zaman Khan memaklumkan beliau kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan keadaannya stabil. "Malam kelmarin saya dilawati (Presiden PERKASA) Da

Kerjasama Tun Mahathir Dan Pembangkang Kukuhkan Kedudukan Najib

Image
Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi kesan. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. "Bekerjasama dengan musuh ketat UMNO hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam UMNO, saya berterima kasih kepada anda Tun (Dr Mahathir)," katanya melalui akaun twitter hari ini. Dr Mahathir, yang mengambil keputusan keluar daripada UMNO pada 1 Mac lalu, hari ini bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO menandatangani Deklarasi Rakyat mahukan Najib meletakkan jawatan perdana menteri. Antara yang turut hadir menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Mustafa Ali.

Pakatan Anti-Najib Mahathir Dengan Pemimpin Pembangkang Gagal Sebaik Dimulakan

Image
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pakatan anti-Najib antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan. Menurut Salleh, idea pembaharuan pembangkang amat jauh bezanya daripada idea Dr Mahathir mengenai perkara itu dan mereka tidak sepakat mengenai butiran terperincinya. "Keadaan ini sudah cukup untuk menjamin kegagalannya sejak awal lagi, sama seperti yang telah dialami Pakatan Rakyat. Marilah kita sama-sama mendengar dahulu apakah agenda pembaharuan mereka secara penuh, sebelum meminta rakyat menyokongnya. "Apa pula selepas itu? Dr Mahathir berkata ia hanya bertujuan untuk menyingkirkan Najib agar Malaysia dapat diselamatkan. Menyelamatkan daripada apa? Apa yang beliau maksudkan ialah isu 1MDB, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya kerana perkara itu sudah diselesaikan dan tidak lagi merupakan suatu isu," kata Salleh melalui catatan terbaru dalam