Posts

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap

🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir

Image
  🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir BACA seterusnya: https://pakdin.my/174246 Angin kencang berserta hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam telah menyebakan kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza ditenggelami banjir sehingga memusnahkan puluhan khemah di sana. Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq di Instagramnya, dia memuat naik rakaman memaparkan seorang lelaki terpaksa mengharungi air banjir setinggi paha dengan mengusung jenazah seorang kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih. Katanya, kanak-kanak tersebut antara penduduk Gaza yang telah terbunuh akibat serangan rejim Zionis yang semakin mengganas. Sementara itu, dalam tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa bahagian wilayah Palestin turut dilanda banjir berikutan air hujan bertakung kerana tidak dapat mengalir keluar akibat runtuhan bangunan dan infrastruktur yang rosak disebabkan serangan bom Zionis ke atas kawasan terbabit. Penduduk Palestin dilihat melar

Kempen paling buruk Manchester United

Image
Kempen paling buruk Manchester United BACA seterusnya di  https://pakdin.my/74240 MANCHESTER United mengesahkan jangkaan banyak pihak apabila akhirnya tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini ekoran kekalahan 0-1 menentang Bayern Munich pada aksi terakhir Kumpulan A di Old Trafford awal pagi semalam. Aksi awal pagi semalam menyaksikan United tiada pilihan kecuali mencatat kemenangan dan mengharapkan satu lagi aksi melibatkan FC Copenhagen dan Galatasaray berakhir seri, namun kedua-dua harapan tersebut berkecai apabila mereka kalah, manakala wakil Denmark itu mencatat kemenangan. Lebih malang buat skuad kendalian Erik Ten Hag itu, mereka turut gagal melayakkan diri untuk aksi playoff Liga Europa selepas menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan tersebut dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam rekod pasukan itu di saingan Eropah sejak 2005. Selain itu, musim ini juga United mencipta sejarah ‘malapetaka’ apabila hanya mampu meraih empat mata dalam enam aksi sek

Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0

Image
Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0 Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan dalam Piala AFC dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Bali United 2-0  pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi Tuan rumah yang memburu kemenangan tujuh gol untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Zon mula mencemaskan kubu Bali United melalui tandukan Habib Haroon yang terkena palang minit ke-20. Rentak lebih agresif ditampilkan naib juara Piala Malaysia itu apabila rembatan Sony Norde (m-37) dan Ivan Mamut pada minit ke-38 ditepis keluar penjaga gol untuk sepakan penjuru. Habib yang mengambil sepakan sudut itu membuat hantaran pendek kepada Norde lalu melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk gol pendahuluan Sang Penyu. Bersambung babak kedua, pintu gol TFC nyaris dikejutkan Bali United mujur gerakan Ilija Spasojevic (m-57) dan Jean Mbarga (m-60) diselamatkan penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin. Hasrat TFC menggandakan

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Image
  Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua BACA seterusnya: https://pakdin.my/174228 Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi. Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu. “Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih bo

Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200

Image
Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200 BACA seterusnya: https://pakdin.my/174217 MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh. Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022. Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif terhadapnya. Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am

🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB

Image
🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB BACA seterusnya: https://pakdin.my/174209 RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas. "Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilome