Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0


Piala AFC: TFC menewaskan Bali United 2-0


Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan dalam Piala AFC dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Bali United 2-0  pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi

Tuan rumah yang memburu kemenangan tujuh gol untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir Zon mula mencemaskan kubu Bali United melalui tandukan Habib Haroon yang terkena palang minit ke-20.

Rentak lebih agresif ditampilkan naib juara Piala Malaysia itu apabila rembatan Sony Norde (m-37) dan Ivan Mamut pada minit ke-38 ditepis keluar penjaga gol untuk sepakan penjuru.

Habib yang mengambil sepakan sudut itu membuat hantaran pendek kepada Norde lalu melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk gol pendahuluan Sang Penyu.

Bersambung babak kedua, pintu gol TFC nyaris dikejutkan Bali United mujur gerakan Ilija Spasojevic (m-57) dan Jean Mbarga (m-60) diselamatkan penjaga gol, Syed Nasrulhaq Syed Bidin.

Hasrat TFC menggandakan jaringan berhasil pada minit ke-88 melalui bek tengah, Sardor Kulmatov yang melalukan larian ke dalam kotak penalti sebelum rembatan leretnya menerjah jaring.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat dengan dua gol itu menyukarkan peluang naib juara Piala Malaysia itu mara ke pusingan berikutnya gara-gara perbezaan jaringan.

Mencatatkan tiga kemenangan dan tiga seri, TFC bagaimanapun akur apabila Central Coast Mariners muncul juara Kumpulan G menewaskan Stallion Laguna tiga gol tanpa balas, petang tadi.

TFC berkongsi 12 mata selaku naib juara kumpulan terbaik dengan Phnom Penh Crown FC dari Kumpulan F dan berharap kelab Kemboja itu kalah besar kepada Shan United pada malam esok. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma