🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir

 


🎦 Kem pelarian Jabalia di timur laut Gaza ditenggelami banjir

BACA seterusnya: https://pakdin.my/174246

Angin kencang berserta hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam telah menyebakan kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza ditenggelami banjir sehingga memusnahkan puluhan khemah di sana.

Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq di Instagramnya, dia memuat naik rakaman memaparkan seorang lelaki terpaksa mengharungi air banjir setinggi paha dengan mengusung jenazah seorang kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih.

Katanya, kanak-kanak tersebut antara penduduk Gaza yang telah terbunuh akibat serangan rejim Zionis yang semakin mengganas.

Sementara itu, dalam tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa bahagian wilayah Palestin turut dilanda banjir berikutan air hujan bertakung kerana tidak dapat mengalir keluar akibat runtuhan bangunan dan infrastruktur yang rosak disebabkan serangan bom Zionis ke atas kawasan terbabit.

Penduduk Palestin dilihat melarikan diri dari Kem Pelarian Jabalia di tengah-tengah hujan lebat berikutan serangan Israel tanpa henti yang menyasarkan tempat perlindungan mereka itu.

Dalam video eksklusif pasukan Al Jazeera di Gaza yang disiarkan di media sosial, berpuluh-puluh orang termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak dilihat membawa barangan mereka sambil berjalan tanpa sebarang perlindungan daripada hujan lebat.

Turut berkongsi situasi terkini di Gaza, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook memuat naik rakaman pasukan perubatan sedang menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam ambulans akibat banjir.

“Dunia yang tak mampu merubah keadaan dan hero-hero di sebalik tabir yang jarang didendangkan.

LPasukan paramedik menyelamatkan seorang wanita cedera yang terperangkap di dalam ambulans ketika berlakunya banjir akibat hujan lebat di kem penempatan sementara Jabalia, di Gaza beberapa jam lalu,” katanya pada ruangan kapsyen video tersebut.

Menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian rakyatnya di Semenanjung Gaza sudah mencecah 20,000 orang sejak konflik antara Palestin dan Israel meletus pada 7 Oktober lalu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma