Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

 


Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

BACA seterusnya: https://pakdin.my/174228

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu.

“Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa.

Beliau berkata pihak polis akan memanggil mereka yang berkenaan jika diperlukan untuk melakukan ujian DNA beramai-ramai.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, masih terus mempergiat usaha operasi mencari petunjuk baharu bagi menyelesaikan misteri kes pembunuhan murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) itu.

Mereka dilihat hadir di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, pada 9.50 pagi tadi.

Bagaimanapun, pengamal media yang tiba di lokasi kejadian sejak 8 pagi lagi diminta untuk mengosongkan kawasan blok berkenaan, untuk memberi laluan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

Pada masa yang sama, ibu Zayn Rayyan Ismanira Abdul Manaf, 28 hari ini dilihat menzahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya daripada dua beradik itu, dengan memuat naik gambar dan hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ismanira menceritakan dia dan suami sempat membawa anak-anaknya bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lepas, iaitu sehari sebelum anak sulungnya dilaporkan hilang.

“Abang (Zayn Rayyan) dengan adik suka sangat jalan-jalan, dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang suka sangat-sangatlah dua beradik ini. Penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan,” katanya menerusi hantaran Instagramnya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma