Posts

Showing posts with the label Barisan Nasional

[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar BACA seterusnya di https://pakdin.my/161669 KOTA KINABALU: Anwar Ibrahim berkata, terpulang kepada pimpinan Sabah untuk membuat keputusan selepas nasihat diberikan kepada mereka susulan kemelut politik yang tercetus. Perdana menteri berkata, keadaan kini bertambah baik selepas beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menemui pemimpin Sabah malam ini. “Keadaan bertambah baik, saya dan Zahid cari formula baik untuk Sabah dan keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri…sebenarnya kita cuma datang memberi nasihat,” katanya. Anwar tiba di sebuah hotel di sini pada 10.10 malam tadi, sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jakarta selepas lawatan rasmi dua hari ke Indonesia. Rundingan itu menyusul ADUN Umno Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji. Tetapi, Hajiji semalam mengumumkan beliau memiliki 44 daripada 79 ADUN untuk terus menerajui Sabah, menerusi akuan bersumpah y

Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022

Image
  Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Pemimpin parti lain, termasuk yang menganggotai kerajaan perpaduan tidak akan dipelawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dari 11 hingga 14 Jan ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan. Katanya, PAU 2022 hanya membabitkan ahli Umno, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” untuk menyelesaikan isu dalaman parti serta gabungan itu. “Bukan saja parti lain, malah duta asing juga kita tak jemput, tidak seperti sebelum ini. Setakat ini, itulah keputusannya,” katanya menurut laporan Berita Harian. Ahmad berkata, keputusan tidak menjemput parti lain dan duta asing itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi Umno baru-baru ini. Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno mungkin menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri majlis perasmian PAU 2022. Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan

Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Image
Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161015 Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika ini. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi. Semalam, Shamsul berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Zahid termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu. Tangkap layar memaparkan dokumen itu menggunakan kepala surat Umno dan tertera namanya. Setiausaha Shamsul, Azizan Md Zain, memberitahu pemberita majikannya tidak pernah menandatangani akujanji sedemikian. Beliau percaya dokumen itu ditularkan untuk memfitnah Shamsul, Zahid, dan Barisan Nasional menjelang PRU15.

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Image
[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160897/ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. https://youtu.be/KpzZd21A4lg

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160887 “Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas Ahmad Zahid, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut bila tempoh masa tersebut. "Keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (Umno) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tentukan. "(Oleh itu PAS perlu putuskannya) secepat yang mungkin dan mereka tahu tarikh akhir yang diberikan kepada mereka," katanya. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan khas pemimpin bahagian dengannya dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Um

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160872/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya pada 17 September lalu. Beliau dalam kenyataan media hari ini mengesahkan berikutan pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuan beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan Abdul Hadi. “Pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.” Katanya, banyak perkara diperbincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika. “Semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara UMNO-PAS pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua Parti Induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam e

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Image
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/ Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno. Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera. “Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail. Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini. “Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seper

[VIDEO] "Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Image
"Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi? BACA seterusnya https://pakdin.my/160742/ Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji akan membubarkan parlimen dalam tempoh sedikit masa lagi. Yang pasti, ikrarnya itu pasti mampu bikin cempera menggelabah blok oposisi yang begitu berharap MOU dilanjutkan sebagai helah untuk mereka menyusun strategi sekaligus menyerang bertubi-tubi dakyah dan propaganda palsu terhadap UMNO-BN. Umum begitu maklum Pakatan Harapan sukar bangkit selepas dilabel "Kaki Kencing" ekoran siri-siri "Manifesto Scam" koalisi itu yang gagal dilaksana dan ini terbukti selepas mereka ditolak di tujuh PRK termasuk di tiga PRN - Melaka, Sarawak dan Johor! Dan bagi Perikatan Nasional (PN) pula, kegagalan serius mereka mengurus pandemik telah memberi kesan dan musibah besar ter

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Image
9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/ Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan. Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit. “Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada. “Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia. Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara kesel
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Image
BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159487   Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen. “Kalau ada pihak atasan Umno, BN pusat terima untuk kerjasama kami tetap akan bantah. Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida Kamaruddin dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu termasuk di hadapan pejabat Umno Bahagian Ampang sendiri. Naib Ketua Umno Ampang, Nordin Kasiran ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan yang meninggalkan PKR yang pernah menjadi lawan kepada BN. “Memang kain rentang itu daripada Umno, BN Ampang sendiri, kit

Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks

Image
Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158285   .. SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar. Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras. Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya. Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini. CUBA CAMPURTANGAN DALAM UMNO. Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama. Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpinan dalam PN. La

Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar

Image
Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158274 ... "Apakah kandungan 'Pas Leak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pas Leak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius. "Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu. 'Pas Leak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini. Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) te

'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid

Image
'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid Sumber:  https://pakdin.my/157598 - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Sambutan Hari Polis pada setiap 25 Mac mengimbau pengalaman bermakna bagi dirinya dalam menambah baik perkhidmatan pasukan itu kepada negara dan masyarakat. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, antara yang paling diingati adalah menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi memperkasakan peranan dan fungsinya. "Mencetuskan idea penubuhan tiga skuad elit PDRM untuk melawan dan melumpuhkan habis-habisan jenayah terancang di Malaysia dengan memburu serta menangkap jerung-jerung yang menjadi dalang. "Itulah skuad elit Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisian Narkotik (STING). "Namun sejurus kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pi

#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib

Image
#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156907 - Luar biasa. Luar biasa sekali. Bukan sekadar isyarat.  Bukan sekadar mesej. Ini suara rakyat yang jelas dan lantang. Ini referendum rakyat. Ini pilihan rakyat. Rakyat mahu Kestabilan Masa Depan. Rakyat mahu kemakmuran dan pembangunan. Tidak ada kerajaan yang boleh meneruskan pentadbirannya tanpa majoriti yang jelas. Di Johor, ketidakstabilan timbul selepas pemergian arwah Datuk Osman Sapian yang menyebabkan kerajaan Johor menghadapi situasi tergantung di DUN. Johor perlu mengakhiri kemelut politik dan perlu sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti jelas. Dan jelas bagi BN, dengan hanya satu caranya - kita kembali kepada peti undi, kita kembali kepada rakyat. Inilah prinsip dan sistem demokrasi. Sepanjang 2 minggu ini, Barisan Nasional berkempen dengan 2 mesej sahaja kepada pengundi dan rakyat Johor. Pertamanya, pilih kestabilan. Undilah calon, undilah parti yang diyakini akan dapa

[Video] Saya tak kenal penganjur, ‘aksi joget’ tiada kaitan dengan BN Ayer Hitam, kata Samsolbari

Image
[Video] Saya tak kenal penganjur, ‘aksi joget’ tiada kaitan dengan BN Ayer Hitam, kata Samsolbari Selanjutnya di: https://pakdin.my/156693 - AYER HITAM: Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam, Samsolbari Jamali berkata, tiada pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penganjuran “aksi joget” yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard SOP dalam kejadian di Ayer Hitam baru-baru ini. Beliau berkata, penganjuran konsert itu dibuat oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) sebagai agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). “Itu tak ada kena mengena dengan kepimpinan BN Parlimen Ayer Hitam. Itu dibuat oleh SKMM, melalui penganjurnya. Saya pun tak kenal siapa penganjurnya,” katanya kepada. Ahad lalu, polis dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan sekumpulan individu yang terlibat dalam “aksi joget” selepas dipercayai melanggar SOP dalam kejadian di sebuah konsert di Ayer Hitam baru-baru ini. Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, bagaimanapun pih

#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi

Image
#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi  - baca seterusnya di: pakdin.my/155315 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas tempoh penamaan calon ditutup 10 pagi tadi. Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi dua parti yang bertanding di semua 56 kerusi DUN. Sebanyak 10 parti dan 16 calon Bebas disahkan bertanding, membabitkan 202 calon lelaki dan 37 wanita.

#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni

Image
#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni -  https://pakdin.my/155117 - Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan sekurang-kurangnya 30% calon muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac ini. Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, pihaknya juga akan mengumumkan 56 calon bagi menghadapi pilihan raya itu Khamis ini. “Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon untuk PRN Johor. Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurang 30% calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu. “Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat perkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti. “Senarai penuh calon akan diumumkan pada 24 haribulan nanti (Khamis ini),” katanya menurut laporan Berita Harian. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di Johor Bahru, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan

Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN

Image
Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154926 ] Kelajuan internet mobile Malaysia telah jatuh ke paling perlahan di ASEAN sejak kerajaan PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN dulu untuk membuat kajian dan kerajaan PN pula asyik membuat u-turn dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G mobile melalui syarikat milik kerajaan DNB. Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung. Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G. Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaru yang canggih tapi kita tidak ada 5G?