#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni


#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni

https://pakdin.my/155117 -

Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan sekurang-kurangnya 30% calon muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac ini.

Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, pihaknya juga akan mengumumkan 56 calon bagi menghadapi pilihan raya itu Khamis ini.

“Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon untuk PRN Johor. Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurang 30% calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu.

“Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat perkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti.

“Senarai penuh calon akan diumumkan pada 24 haribulan nanti (Khamis ini),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Samsolbari Jamali.

Pada 28 Jan lalu, Umno dan BN Johor dilapor akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda seperti kemahuan masyarakat dan akar umbinya.

Hasni dilaporkan berkata, calon parti akan mengambil kira keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi baharu susulan pelaksanaan secara automatik Undi18.

BN turut dilapor akan mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum penamaan calon 26 Feb ini.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL