#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib


#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156907 -

Luar biasa. Luar biasa sekali.

Bukan sekadar isyarat. 

Bukan sekadar mesej.

Ini suara rakyat yang jelas dan lantang.

Ini referendum rakyat.

Ini pilihan rakyat.

Rakyat mahu Kestabilan Masa Depan.

Rakyat mahu kemakmuran dan pembangunan.

Tidak ada kerajaan yang boleh meneruskan pentadbirannya tanpa majoriti yang jelas.

Di Johor, ketidakstabilan timbul selepas pemergian arwah Datuk Osman Sapian yang menyebabkan kerajaan Johor menghadapi situasi tergantung di DUN.

Johor perlu mengakhiri kemelut politik dan perlu sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti jelas.

Dan jelas bagi BN, dengan hanya satu caranya - kita kembali kepada peti undi, kita kembali kepada rakyat.

Inilah prinsip dan sistem demokrasi.

Sepanjang 2 minggu ini, Barisan Nasional berkempen dengan 2 mesej sahaja kepada pengundi dan rakyat Johor.

Pertamanya, pilih kestabilan. Undilah calon, undilah parti yang diyakini akan dapat memimpin Johor dan membentuk kerajaan.

Tidak ada gunanya jika kita berpecah-pecah lagi dan berbalik kepada sebuah kerajaan yang tidak stabil.

Keduanya, pilih kemakmuran. Ekonomi Johor telah mengalami kemerosotan dalam hampir kesemua aspek sejak 2018.

Pertumbuhan ekonomi? Jatuh. 

Pelaburan? Jatuh. 

Pembangunan? Jatuh.

Johor antara negeri berprestasi tinggi satu ketika dahulu dan sudah tentu rakyat Johor sendiri dapat membuat perbandingan.

Berbeza pula dengan kempen parti-parti lawan.

Yang peliknya, mereka asyik sebut Najib, Najib, Najib.

Cameron Highlands? Modal kempen mereka lawan Najib.

Semenyih? Najib.

Rantau? Najib.

Tanjung Piai? Najib

Kimanis? Najib.

Chini? Najib.

Slim? Najib.

Melaka? Najib.

Johor? Najib.

Tetapi langsung kita tidak dengar rancangan dan halatuju pembangunan mereka.

Mungkin kerana mereka tahu mereka sudah tidak ada kredibiliti.

Akhirnya, rakyat membuat penilaian.

Rakyat pilih Barisan Nasional.

Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan.

Kepada semua rakyat Johor, terima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memimpin dan berkhidmat untuk saudara-saudari.

Johor menjadi turning point.

Johor menjadi pembetulan.

Johor menjadi kebangkitan semula dan pemangkin untuk pembangunan Malaysia.

Saya yakin Johor akan bertambah baik, stabil dan makmur.

Kepada ADUN-ADUN Barisan Nasional dan kepimpinan kerajaan Johor, mandat telah diberikan oleh rakyat.

Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Johor.

Seperti yang saya sering tegaskan, we have work to do, no time to waste.

Banyak yang perlu kita laksanakan di Johor.

Saya juga beri jaminan bahawa di seluruh Johor ini, Barisan Nasional tetap berkhidmat untuk rakyat tidak kira di kawasan yang menang atau kalah.

Kerana BN dan UMNO perjuangan rakyat.

Beberapa hari yang akan datang ini, semua pemimpin dan calon BN akan bertemu dengan rakyat di kawasan masing-masing bagi menyampaikan penghargaan atas sokongan dalam Pilihan Raya Negeri ini.

Saya sendiri juga akan bersama-sama BN Johor dan rakyat Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional, komponen-komponen, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, kepimpinan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan, dan para penyokong yang telah berusaha berkempen untuk kemenangan rakyat ini.

Tahniah kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Johor Datuk Seri Mohamad Hasan, YAB PM yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, YAB Dato' Hj Hasni Mohamad atas kemenangan BN di Johor.

Barisan Nasional , genggamlah dengan erat mandat rakyat ini.

Ayuh kita bangkit bersama rakyat!

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

Kestabilan MASA DEPAN!


Facebook Najib Razak


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma