[Video] Saya tak kenal penganjur, ‘aksi joget’ tiada kaitan dengan BN Ayer Hitam, kata Samsolbari


[Video] Saya tak kenal penganjur, ‘aksi joget’ tiada kaitan dengan BN Ayer Hitam, kata Samsolbari

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156693 -

AYER HITAM: Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam, Samsolbari Jamali berkata, tiada pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penganjuran “aksi joget” yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard SOP dalam kejadian di Ayer Hitam baru-baru ini.

Beliau berkata, penganjuran konsert itu dibuat oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) sebagai agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

“Itu tak ada kena mengena dengan kepimpinan BN Parlimen Ayer Hitam. Itu dibuat oleh SKMM, melalui penganjurnya. Saya pun tak kenal siapa penganjurnya,” katanya kepada.

Ahad lalu, polis dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan sekumpulan individu yang terlibat dalam “aksi joget” selepas dipercayai melanggar SOP dalam kejadian di sebuah konsert di Ayer Hitam baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, bagaimanapun pihaknya ketika ini sedang mengenal pasti individu terlibat.

MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia bukanlah sebahagian daripada atur cara pihak penganjur.

MyCV memaklumkan sebagai agensi KKMM yang dipertanggungjawabkan ke atas program itu, pihaknya memberi keterangan berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada polis bagi menentukan hasil siasatan.

MyCV juga memohon maaf dan akan memastikan insiden seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, setiausaha Umno Johor dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang itu berkata, majoriti, iaitu 90% daripada individu yang terlibat dalam aksi joget itu adalah orang luar.

Pada masa sama dia menyarankan kepada pihak pembangkang untuk tidak menjadikan insiden itu sebagai isu untuk meraih undi.

“Carilah isu yang lebih relevan daripada isu tersebut. Patut tanya siapa selama ini bantu peniaga-peniaga di Arena Warna (Ayer Hitam) itu daripada cuba nak meraih sokongan dengan isu itu (aksi joget),” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma