9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat


9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/

Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan.

Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit.

“Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada.

“Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia.

Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara keseluruhannya tahap kesediaan jentera BN bagi menghadapi PRU15 adalah baik.

“Walau bagaimanapun, bagi Johor, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan ditambah baik agar permasalahan dihadapi ketika PRN lalu tidak berulang semula ketika PRU akan datang.

“Ini kerana ketika PRN, jentera BN negeri dibantu oleh jentera dari seluruh negara, namun dalam PRU kelak, jentera negeri akan berhadapan secara berseorangan. Jadi, kesiapsiagaan perlu lah menyeluruh,” katanya.

Beliau mengingatkan semua parti komponen dan parti ‘Friends of BN’ mesti bergerak sebagai jentera BN dan bukannya mewakili parti masing-masing.

“BN adalah sebuah gabungan parti politik yang sah dan disebabkan itu kita akan menghadapi PRU ini dan bergerak sebagai sebuah pasukan, bukan jentera parti tetapi jentera BN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma