[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU
BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/
Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022.
“Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno.
Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.
“Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail.
Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini.
“Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seperti PRU14. Jadi, boleh menang?,” soalnya.
Ruang stadium yang dibanjiri lebih 10,000 perwakilan Pemuda BN itu kemudian menyahut, “Boleh!”.
Himpunan jentera Pemuda BN seluruh Malaysia itu turut dihadiri kepimpinan tertinggi komponen BN termasuk Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran.
Turut kelihatan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, pengerusi-pengerusi BN negeri serta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang juga bendahari BN Selangor.
Comments
Post a Comment