Posts

Abang belon ada 13 rekod lampau

Image
Dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden membabitkan ‘abang belon’ dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini baru-baru ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela. “Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman di sini hari ini. Dalam pada itu, menurut sumber, semakan rekod lampau terhadap penjaj...

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Image
Seorang pengawal keselamatan dikenal pasti menjadi saksi utama kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengawal tersebut berada di hadapan bangunan kedai yang jaraknya 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, saksi tersebut juga cedera dan polis sedang mengumpul maklumat serta keterangan daripada saksi berkenaan. “Ini bagi mengetahui sebarang aktiviti bakar, mengorek atau lain-lain aktiviti mencetuskan letupan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Hussein menjelaskan, secara keseluruhan, sebanyak 56 percakapan telah diambil melibatkan mangsa yang melihat dan berada di lokasi kejadian, kontraktor serta pekerja. “Kita juga telah menerima klip video dan rakaman kamera papan pemuka (dahscam) daripada sosial media dan saksi-saksi bebas sebanyak 20 kesemuanya. “Separuh daripadanya telah disiasat dan menerusinya kita jumpa saksi-saksi ini. Saya seru orang ramai yang mempunyai maklumat, gambar dan video menyerahkannya kepada po...

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Image
Polis mengesahkan berlaku kerja-kerja mengorek tanah di sekitar lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja-kerja itu dilakukan sebelum kejadian bagi tujuan menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada berada 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, polis telah mengenal pasti pemaju, kontraktor dan sub kontraktor dan pekerja yang terlibat yang menggunakan dua jentera iaitu jengkaut (excavator) dan jentolak (backhoe). “Kerja-kerja itu telah dihentikan pada 30 Mac lalu. Hasil siasatan polis dapati excavator turut terbenam dalam lubang itu. “Adakah kerja-kerja mengorek ini boleh menyebabkan letupan? Perlu disiasat lanjut bagi mengenal pasti perkara yang lain selain menemui keterangan fizikal yang lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Jelas Hussein, backhoe itu pula telah dibawa keluar sehari sebelum berlakunya letupan gas. “Bagaimanapun siasatan masih dilakukan sedalam dan sejauh mana kerja-kerja mengorek itu,” katanya. Just...

Sukan Terjun Piala Dunia di Mexico | Pandelela Tersingkir

Image
Pandelela Rinong, penerjun veteran Malaysia berusia 32 tahun, gagal mara ke pusingan akhir platform 10m wanita Piala Dunia Terjun Diving Mexico 2024. Ini merupakan penampilan pertama Pandelela sejak Kejohanan Terbuka Malaysia November lalu. Dalam pusingan kelayakan pagi ini, beliau hanya meraih 267.85 mata – menduduki tangga ke-13 – dan tersingkir daripada 12 teratas yang layak ke final Ahad. Dominasi China terus kukuh apabila dua jaguhnya, Quan Hongchan (pemenang emas Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024) serta Chen Yuxi, merangkul dua tempat teratas. Quan Hongchan mendahului dengan 390.40 mata diikuti rakan sepasukan Chen Yuxi (373.65 mata). Cabaran penerjun lelaki Malaysia: Enrique Harold akan bertanding dalam pusingan kelayakan platform 10m lelaki lewat malam Jumaat ini. Info Piala Dunia 2024: Siri 1: Mexico (22-24 Mac) Siri 2: Kanada (10-13 April) Super Final: Beijing, China (2-4 Mei)

Gimnasium sediakan "bilik rahsia" untuk pelacuran – Netizen: tak hairan bersenam boleh jadi ketagihan

Image
Sebuah mahkamah di Xinjiang baru-baru ini mendedahkan sekumpulan individu yang mengendalikan aktiviti pelacuran di sebuah pusat kecergasan, meraih keuntungan sebanyak 230,000 yuan (RM140,000), dan dihukum penjara antara 1 hingga 5 tahun 6 bulan. Netizen berjenaka: "Rupa-rupanya gim ada 'sarang maksiat', patutlah ramai ketagih bersenam!" Menurut laporan Guangdong Tai , Mahkamah Raya Xinjiang ke-12 mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini pada 27 Jun lalu. Menurut dokumen kes, antara 2020 hingga 2021, tertuduh bernama Zhang telah menubuhkan pusat pelacuran di kawasan pejabat lama sebuah gim, merekrut beberapa wanita untuk melacur, serta mengumpan pelanggan. Mereka mengaut keuntungan haram sebanyak 230,000 yuan (RM140,000). Ramai netizen berbalas sindiran: "Kata nak bersenam, rupa-rupanya 'habis tenaga' sebab aktiviti lain!" "Dua tahun baru dapat 230,000 yuan (RM140,000)? Ni bisnes tak cukup kembang lah." "Ada orang makin lemah lepas ke gi...

[视频] 美鹰航空降落突冒烟 乘客急撤离‘从机翼跳下逃生’画面曝光 📹

Image
美国航空公司旗下“ 美鹰航空 ”(American Eagle)一架客机周二(1日)降落机场后, 机舱 突然冒出烟雾。画面显示,多名惊慌乘客爬上机翼,再从机翼往下跳至地面逃生。 《abc7NY》报道,美鹰航空编号5406班机周二上午从夏洛特道格拉斯国际机场起飞,比预定时间提早30分钟降落在乔治亚州奥古斯塔机场。没想到才降落没多久,客机位置还在跑道上时,机舱内部突然冒出烟雾,机上人员紧急撤离。 乘客肖恩奥康纳透露,当时在飞机上有闻到异味,众人撤离机舱,爬上飞机机翼上,然后在机翼末端跳至地面,远离飞机。 美国航空表示,这架飞机在安全降落之后出现维护问题,所有乘客事后均下机并被护送至航厦。整起事件并未造成人员受伤,美国联邦航空总署(FAA)已对事故展开调查。

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Image
JELEBU - Seekor harimau kumbang dilihat menyerang seorang pemandu lori yang berhenti dekat Bukit Tangga di sini pada Khamis. Insiden itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 16 saat itu, harimau tersebut dilihat menerkam seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang berhenti di situ. Kemungkinan terkejut melihat ada kenderaan lain yang lalu di situ, haiwan berkenaan kemudiannya berlari ke seberang jalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana haiwan itu muncul dan keadaan lelaki berkenaan. Selepas kejadian terbabit, lelaki itu yang terjatuh akibat diterkam dilihat bangun. Kehadiran haiwan tersebut di situ bukanlah pertama kali kerana dua tahun lalu, media pernah melaporkan bahawa haiwan itu ditemui mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belu...