Posts

Showing posts with the label Bekas Perdana Menteri

Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Image
  إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun. Bekas Menteri Kesihatan dan menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin, mengesahkan berita tersebut melalui media sosial. Beliau menyatakan bahawa Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7:10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Tun Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009.

SPRM tahan empat pegawai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri

Image
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri. Sumber terdekat SPRM berkata, selain itu, pihaknya telah mendapatkan perintah reman ke atas semua suspek di Mahkamah Putrajaya. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16a, meminta/menerima rasuah. “Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya ringkas. Seksyen 16 dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 Akta SPRM 2009 (Akta 694) adalah undang-undang yang digubal untuk memperkukuh usaha memerangi rasuah di Malaysia. Berikut adalah ringkasan mengenai Seksyen 16 dan 17(a) A...