Posts

Showing posts with the label Pengerusi

Pas mahu ambil alih kepimpinan PN

Image
Pas mengesahkan akan mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berikutan peletakan jawatan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa semalam. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan barisan kepimpinan baharu PN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi gabungan pembangkang tersebut pada masa terdekat. “Mesyuarat (Majlis Tertinggi PN) itu akan dihadiri kepimpinan yang masih tinggal. Yang sudah meletak jawatan, terpulang kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini. Terdahulu Muhyiddin yang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN diikuti beberapa pemimpin-pemimpin parti itu di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiuasaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali . Abdul Hadi bagaimanapun membayangkan keberatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PN baharu berikutan tahap kesihatannya pada masa ini yang sedikit uzur. Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu me...

MNRB lantik Sulaiman Mohd Tahir sebagai pengerusi baharu

Image
MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini. Sulaiman juga akan akan memegang jawatan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) juga berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Datuk Johar Che Mat yang meletak jawatan sebagai Pengerusi MNRB dan Malaysian Re pada 12 Feb, 2025. MNRB berkata Sulaiman membawa kepakaran yang meluas ke dalam peranan baharunya selepas berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam sektor kewangan Malaysia. “Latar belakang beliau yang luas dalam bidang perbankan dan kewangan, bersama komitmennya terhadap kecemerlangan, akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan berterusan MNRB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. Sulaiman sebelum ini memegang beberapa jawatan kepimpinan yang terkenal, termasuk Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd.