Posts

Showing posts with the label Liwat

Liwat, amang seksual pelajar: Mudir madrasah direman seminggu lagi

Image
PASIR MAS - Seorang mudir sebuah madrasah pondok di Tumpat disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes liwat dan amang seksual terhadap pelajar lelaki di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat 5 September 2025. Perintah terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali. Tempoh sambung reman berkuat kuasa Sabtu hingga Jumaat ini. Sebelum ini, lelaki berkenaan ditahan dalam sebuah kenderaan di tepi jalan di Tumpat pada jam 4.06 petang, 29 Ogos lalu. Suspek ditahan selepas laporan dibuat oleh mangsa yang berusia 16 tahun sehari sebelum tangkapan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. “Suspek direman kali pertama selama tujuh hari bermula 30 Ogos lalu. “Reman disambung tujuh hari lagi bermula esok bagi membolehkan siasatan diteruskan terhadap kes ini,” katanya. Perintah sambung reman dibuat mengikut Seksyen 37...

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar - sama je dua orang ni, dendam tak sudah

Image
Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meluahkan penyesalan kerana "mengantagoniskan" Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa Anwar kini "sedang mencari jalan untuk membalas dendam" selepas kegagalan peralihan kuasa pada 2020. Kenyataan ini, yang dibuat semasa temu bual dengan  majalah TIME , mencerminkan bab terbaru dalam persaingan politik berdekad mereka dan mendedahkan dinamik hubungan mereka yang bergolak. Berikut adalah ringkasan konteks dan isu utama: 1.  Kegagalan Peralihan Kuasa 2020 Pada Februari 2020, Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. Beliau mendakwa tidak dapat menyerahkan kuasa kepada Anwar kerana "tidak lagi mempunyai jawatan" selepas meletak jawatan. Ini berlaku selepas perpecahan dalaman PH, termasuk penyertaan puak Azmin Ali (saingan Anwar dalam PKR) dengan Bersatu, Umno, dan PAS untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pengkritik berpendapat peletakan ja...

Buruh ‘heret’ budak perempuan masuk hutan didakwa meliwat

Image
KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dengan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai dekat sini pada bulan lalu. Tertuduh, Mohamad Aiman Afham Zainal A’abidin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan meliwat seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun ketika kejadian. Perbuatan terkutuk itu dilakukan di kawasan hutan Mengkebang, Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 9 Januari lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyan 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam....