Posts

Showing posts from February, 2016

Ramai orang tidak tahu komoditi utama negara hancur ditangan Mahathir

Image
Apabila Mahathir cuba buat kerja mengarut membuat spekulasi Pasaran Timah pada peringkat awal dia mula menjadi Perdana Menyeri - akhirnya pasaran timah komoditi utama negara runtuh dan industri perlombongan bijih timah pupus di Malaysia dan menimbulkan dua kali ganda kadar pengangguran. Akaun rahsia Maminco mengalami kerugian besar dengan wang yang dipinjam (sebanyak RM1.6 bilion sedangkan rizab antarabangsa kita hanya USD4b) dari Bank Bumiputra. Kerugian ini rahsia dan beliau tidak berani untuk mengumumkan kerugian, dia terpaksa menyembunyikan perkara ini tetapi terus menjelaskan pinjaman bagi menutup masalah. Untuk itu beliau mewujudkan satu lagi syarikat rahsia untuk memindahkan saham dan keuntungan KWSP dan Bumiputra di bawah Dasar Ekonomi Baru untuk membayar balik Bank Bumiputra. Selama tiga tahun, Mahathir tidak berani mengakuinya tetapi akhirnya terpaksa mengakuinya dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1986 apabila didesak oleh Ku Li dan Musa Hitam ...

TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK

Image
Sudah2 lah Rafizi. Buktikan pinjaman bank atau jaminan korporat yang berbilion kepada THHE. Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. Cubaan melakukan sabotaj terhadap sistem perbankan dan kewangan negara =================== TH BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK KUALA LUMPUR, 28 Februari 2016 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE). TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa. TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya. Oleh yang demik...

Mahathir bersama Anwar di pentas PAS mengecam Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Image
Tahun 1969 Mahathir pernah bersama Anwar berucap di pentas PAS mencerca dan memfitnah PM Tunku Abdul Rahman. Tak pulak Mahathir kena ISA, setakat kena pecat keahlian. Zaman Mahathir kritik dia kena ISA. Duduk Kamunting kena brainwash. Sekarang Mahathir cakap dia disekat untuk bersuara. Pegi dah.. Ko cakap je lah apa ko nak cakap jangan memfitnah dan menghasut. Banyak akta-akta yang ada sekarang Mahathir lah yang pinda untuk kelangsungan politik dia sendiri.

Pengakuan Muhyiddin bukti wujud konspirasi - Azalina

Image
Pengakuan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya ada bukti jenayah yang didedahkan bekas Peguam Negara kepadanya, jelas menunjukkan wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika ada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, bererti ia cubaan rampasan kuasa proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu. Katanya, dakwaan Muhyiddin bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit dengannya, bukan sahaja tidak beretika, malah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. "Muhyiddin seorang anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan, maka ia satu tindakan salah. Beliau bukan sahaja melanggar OSA 1972, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalahgunakan sistem perundangan untuk menggulingkan Perdana Menteri yan...

Fitnah lagi - konon pekerja Bangladesh tiba di KLIA

Image
Ini laluan departure. Pendatang asibg dihantar pulang.  Gambar lama digunakan untuk memfitnah.  Orang hari2 kalau boleh nak cari pahala diorang hari2 berusaha nak cari dosa memfitnah.

Haram Undi UMNO

Video lama yang dimainkan balik oleh pentaksub DAP.   To Guru tu pun dah bersama UMNO sekarang.  Pertahankan DAP, Pakatan, Amanah boleh.  UMNO je tak boleh.  Fatwa mana dia ambil ni? Semua mengaku tuan guru dan akan digelar tuan guru kalau mencerca dan menolak UMNO. Macam puak Khawarij mengkafir sesama islam. https://www.facebook.com/olexs/videos/1151863508158067/

Fitnah Pekerja Bangladesh Tiba Di KLIA

Image
Flight apa yang tiba dari Dakha jam 3:20 pagi di KLIA.  PAS pun pandai fitnah macam komunis DAP...  Siapa tau flight apa yang jadualnya tiba di KLIA jam 3:20 pagi.  Gambar tu pun tak nampak macam KLIA. Ada 3 bendera tu.. Siapa tau bendera apa?

Rafizi pembohong kata tak pernah berjanji cat pangsapuri

Rafizi pembohong kata tak pernah berjanji cat pangsapuri kawasan beliau. Tidak mengapa lah YB. Kita semua tahu bahawa "Manifesto Bukan Janji".

PM Najib Razak mengulas mengenai khutbah Jumaat - DAPig angry

Image
PM Najib Razak mengulas mengenai khutbah Jumaat.  Tengoklah golongan mana yang angry.  DAPig

Kehendak Mahathir dah dituruti.. Nak apa lagi ☺

Image

Mahathir pengunjung tetap The Las Leñas, Argentina. Mengapa suka sangat kesana?

Image
The Las Leñas adalah salah satu pusat peranginan ski terbesar Andean di Amerika Selatan dan terletak di Wilayah Mendoza, Argentina, menempatkan Piscis Hotel yang mempunyai kasino yang paling tinggi di dunia. Pemilik resort Las Lenas adalah seorang rakyat Malaysia! Tan Sri A.P. Arumugam yang telah dibeli pada lewat 2001. Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/; ~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau ~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA ~ RM180 juta EMU Railway coaches contract ~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi. Beliau juga mempunyai urusan perniagaa bersama anak Mahathir dan anak2 yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikat beliau. Sekarang, Tan Sri A.P. Arumugam duduk di Perdana Leadership Foundation. http://archivo.losandes.com.ar/notas/2002/2/20/sociedad-33820.asp http://www.losandes.com.ar/noticia/departamentales-186266 http://www.malargueadiario.com.ar/inversores-de-las-lenas-y-un-ex-primer-ministro-malayo-quedaron-...

Siasatan terhadap dana USD600 juta belum dibuat, kertas pertuduhan sudah siap

Image
Jika ini benar maka ramai orang tidak sabar-sabar untuk menjatuhkan PM akan ke penjara kerana siasatan SPRM tidak lengkap dan fail tidak disalur kepada bekas AG tetapi kertas pertuduhan telah siap? Bermakna bahawa kertas pertuduhan adalah tidak sah dan menunjukkan berlaku konspirasi yang memerlukan polis untuk menyiasat. Maksudnya ramai orang akan di penjara. Berfikir sebelum anda post! penyokong-Tun Pro bukan bijak mana pun. Jika kertas pertuduhan di atas adalah benar maka kertas siasatan tidak lengkap tiba-tiba disiarkan di Wall Street Jounal, hanya 1 minggu selepas pengumuman pemilihan UMNO ditangguhkan. Waktu dan ketika yang kebetulan, memang dirancang! --

Antara cium tangan dan melutut, menyembah, berciuman ghairah sesama lelaki

Image
Trollers membuat isu daripada beberapa gambar orang mencium tangan Najib dan Zahid Hamid dan menggelar mereka penjilat. Mencium tangan adalah adat Melayu lama untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang tua atau kepada pemimpin-pemimpin Melayu. Jika orang mahu mencium tangan pemimpin mereka kerana tradisi atau adat, mengapa harus menjadi isu? Tak kan pemimpin-pemimpin perlu menolak tangan mereka! Dah itu cara mereka menyambut pemimpin. Tidak perlu sampai melutut menjunjung jari memohon belas ikhsan - seperti sesetengah orang di Pulau pinang. Tak lah sampau bercium ghairah sesama lelaki. Nak kata ciuman Arab tak pula begitu, sekadar melagakan pipi.

Ahmad Bashah angkat sumpah Ahli MT UMNO

Image
Menteri Besar Kedah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada Mesyuarat MT, di sini, sebentar tadi. Beliau diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pada 12 Februari lalu selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bashah, 66, melafazkan sumpah taat setia jawatan itu di hadapan anggota MT dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Pak Lah - salah seorang yang menjadi mangsa Mahathir.

Image
Walaupun pelbagai dakwaan rasuah terhadap Pak Lah dan menantunya oleh Mahathir pada ketika itu, kedua-dua mereka kekal bebas dan tidak pernah dikenakan apa2 pertuduhan mahkamah. Sampai sekarang Mahathir tak ada bukti sahih dakwaan beliau terhadap Pak Lah. *Gambar - Mantan PM yg ingat masa dia akan tiba dan tak mahu memporak perandakan Negara dengan hal duniawi kerana dia redha dengan ketentuan Ilahi.