Posts

Showing posts with the label Shuttle Timuran

KTMB Tambah Perkhidmatan Tren Sektor Selatan, Pantai Timur Bermula 1 Jan 2026

Image
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan pertambahan perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Jan depan, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti, ketersambungan serta keselesaan perjalanan antara negeri. KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan pertambahan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi sektor Selatan untuk laluan KL Sentral – JB Sentral –KL Sentral, menjadikan jumlah keseluruhan lapan perkhidmatan sehari disediakan di sektor berkenaan. Bagi laluan terus JB Sentral– Padang Besar , KTMB memaklumkan dua perkhidmatan sedia ada melibatkan Padang Besar– Segamat –Padang Besar akan turut dilanjutkan sehingga ke JB Sentral. "Ia bagi melengkapkan akses terus dari Malaysia Utara ke Johor Bahru sekali gus menyempurnakan objektif Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru dalam menjadi rangkaian berkesinambungan antara ekonomi Selatan dan Utara," menurut kenyataan itu. Selain itu, bermula 1...